Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. puas, kenyang sekali (sehingga men­jadi jemu); 2. jemu, bosan: ~ mencari tidak berjumpa; menjenuhkan menjadikan jenuh, men­jemu­kan, membosankan; kejenuhan perihal jenuh, kekenyangan, ke­jemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : puas sekali; jemu: ~ saya mencari benda itu tetapi tidak juga berjumpa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan puas: kenyang, penuh, sengkak, segah, sebu, senuh, sangih,

2. Bersinonim dengan muak: jelak, bosan, jemu, kenyang, puas, cemus, lugu,

Kata Terbitan : menjenuhkan, kejenuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya Nuraishah Affandi dari Serdang, Selangor. Sekitar tahun 2005 dalam akhbar-akhbar tempatan, ada disiarkan berita mengenai kejayaan seorang lelaki bernama Lee Guan Hooi (http://www.mail-archive.com/it-kelantan@yahoogroups.com/msg01517.html) yang mencipta kaedah menguasai Jawi dengan mudah. Semenjak berita itu disiarkan, saya tertunggu-tunggu buku beliau sehingga kini. Jenuh menunggu, saya mula mencari. Pencarian saya menemui bahawa beliau sukar mencari penerbit untuk menerbitkan bukunya (http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=15197), dan berita mengenai beliau terhenti di situ. Tiada dapat saya cari berita sama ada beliau berjaya menerbitkan bukunya atau tidak. Persoalan saya, seandainya beliau masih belum berjaya menerbitkan bukunya, mungkinkah bagi pihak Tuan untuk mempertimbangkan penerbitan buku beliau? Saya tiada perkaitan dengan beliau. Tujuan saya ialah saya ingin mempelajari Jawi kerana saya tidak reti menulis, dan membaca kadangkala masih perlu mengeja. Sekian, terima kasih.

Waalaikum salam..

Puan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut melalui emel noriyani@dbp.gov.my

Terima kasih

Lain-lain11.12.2010

Kembali ke atas