Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

497

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Masuk kawan ayam berkokok

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk kawan ayam berkokok!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih

1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang.

2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling.  Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi.  Begitu juga sebaliknya.

3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. 

 

Lain-lain01.10.2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini heboh di media sosial berkenaan maksud MENARA GADING, yang antara lain membawa maksud tetek perempuan (maaf jikalau bahasa kurang sopan, tapi ini yang tertulis di dalam kamus tersebut) dan makna tersebut terdapat di dalam kamus cetakan Utusan dan Al-Hidayah. Soalan saya, benarkah penggunaan istilah ini? Saya berpendapat perkataan ini digunakan pada Bahasa Melayu terdahulu, tapi nasihat/rujukan tuan/puan lebih saya dahulukan. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Tatabahasa14.03.2015
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit....1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan.Makna07.09.2006
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021
APAKAH MAKSUD BAHASA???

Saudara Suraya,

Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing  bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. 

Makna12.02.2010
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih.
Salam tuan yang budiman,

Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti).
 
Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.08.2025
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih.
Salam tuan yang budiman,

Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti).
 
Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.08.2025
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih.
Salam tuan yang budiman,

Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti).
 
Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.08.2025
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu.

Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:

i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung

ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik

iii. paling + kata  adjektif : paling lazat, paling pandai

iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali

v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik

vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali,

Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . 

Tatabahasa09.12.2010
12

Kembali ke atas