Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih? | Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah). | Ejaan | 23.09.2011 |
Maha bermaksud sangat, amat, berkuasa, hebat, besar, agung, tertinggi, termulia, terpenting, terkenal, termasyhur. Bolehkah imbuhan digunakan untuk perkataan ini contohnya dimahakan atau kemahaan? | Imbuhan tidak digunakan untuk perkataan ini. | Tatabahasa | 20.10.2008 |
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan? | Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya. | Istilah | 16.11.2012 |
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar? | Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM. | Lain-lain | 31.05.2010 |
saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contoh | Kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara. | Lain-lain | 30.07.2010 |
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun | Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut, Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan. Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya maha siswa YIU | Tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya maha siswa YIU ingin bertanya, jawi asal dari mana dan apa makna jawi? | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, bahasa Jawi ialah bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 15.07.2010 |
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? Tkasih | Ejaan yang betul ialah Maha Suci-Mu. | Ejaan | 04.02.2010 |