Penggunaan kata sedekad' dalam ayat. Saya maklum dekad bermaksud 10 tahun. Persoalannya, adakah perlu tambahan imbuhan 'se' bagi membawa maksud 10 tahun. Contoh ayat: Duka kerana setelah lebih sedekad dia bakal perlu merombak hidupnya. | Ungkapan yang betul ialah dekad atau sepuluh tahun atau dasawarsa. Tidak perlu lagi awalan "se" bagi perkataan dekad. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai" | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll). Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 16.02.2012 |
Apakah perkataan BM bagi "disassemble" atau "dismantle"? Contohnya disassemble a tent or a table? Adakah perkataan menyahpasang sesuai bagi objek sebegini? Bagaimana pula dengan perkataan "tangible". Ertinya ciri fizikal yang dapat disentuh seperti "a tangible result like a new car" | Dalam bidang Komputer “disassemble” ialah “nyahhimpun”, dalam bidang geografi diberikan padanan “merungkas” iaitu merombak, membongkar, membuka dan mencabut. Dalam konteks khemah dan meja, istilah biasa digunakan sahaja yang digunakan, iaitu i “buka” khemah / “pasang” khemah. Perkataan “nyahpasang” tidak sesuai digunakan kerana awalan ‘nyah-‘ hanya untuk padanan “de-“ atau “un-“ dalam bahasa Inggeris. Perkataan “dismantle” boleh diberikan padanan “ketara” dalam konteks yang keputusan seperti dalam pertanyaan yang dikemukakan. | Istilah | 20.02.2014 |