Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbendaharaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
apakah maksud perbendaharaan kataMenurut Kamus Dewan, Perbendaharaan Kata ialah keseluruhan kata Melayu.Makna29.07.2010
Para pelajar akan dapat ........... perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran berbahasa jika rajin membaca. Mana jawapan yang betul? A. Luaskan B. Meluaskan C. Perluaskan D. Memperluas Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: B. MeluaskanTatabahasa19.08.2013
Adakah terdapat perkataan petanque, sejenis permainan dalam perbendaharaan kata Melayu ataupun dalam Kamus Sukan? Harap dapat maklumat tentang perkataan petanque. Terima kasih.Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami, saudara boleh mengambil terus perkataan tersebut dan diitalikkan.Istilah11.06.2010
Makna perkataan penender, petender dan pentender. Dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 menggunakan perkataan Petender - merujuk kpd pembekal @ syarikat. Adakah perkataan Petender ini betul penggunaannyaPetender ialah orang (syarikat dsb) yang mendapat tender, penender ialah orang (pihak dsb) yang membuat atau memberi tender, manakala kata pentender tidak ada dalam bahasa Melayu. Merujuk makna dalam kamus, kata petender yang digunakan dalam Surat Pekeliling tersebut adalah betul.Tatabahasa02.09.2010
Saya ingin meminta pandangan yang jelas tentang perbezaan di antara perbendaharaan "baru" dan "baharu". Selain itu juga, saya ingin meminta khidmat nasihat tentang perbezaan "kotor" dan "comot". Situasi berikut lebih menjelaskan : 4. Muka adik sangat ________ kerana makan coklat. a. comot b. cantik c. kacak d. kotor Bagi soalan di atas, apakah jawapan yang paling sesuai? Ada guru lain yang mempersoalkan jawapan yang saya berikan iaitu jawapan : A. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Jawapan yang paling sesuai ialah A. comotTatabahasa24.08.2008
Apakah yang dikatakan kosa?Kosa ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa; perbendaharaan kata.Makna23.02.2008
apakah konotasi untuk leksikal 'besar'?Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa;  makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih.Makna11.08.2008
sejarah bahasa baku di malaysia dan aspek pembakuannyaBahasa baku merangkumi aspek ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, laras bahasa, istilah dan sebutan baku. Pembakuan bahasa bermula dengan penyeragaman sistem ejaan bahasa Melayu.Lain-lain23.01.2007
1) Mohon tanya penjodoh bilangan bagi cek. `Sekeping' cek atau `sehelai' cek. 2)Adakah semua kosa kata/perbendaharaan kata yang tersenarai di dalam Kamus Dewan, DBP boleh digunakan dalam penulisan? Terima kasih. Izani Hj. Daud

1. Penjodoh bilangan betul ialah "sekeping cek".

2. Tidak semua kata yang terakam dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam situasi rasmi. Kamus merakamkan kata yang hendak dihuraikan maknanya. Perkataan yang ditanda "bp" merujuk kepada bahasa percakapan dan kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi.

Tatabahasa17.07.2011
1234567

Kembali ke atas