Ayat yang mana satu betul: Malah, dia telah membuat senarai perkara-perkara yang dia perlu / perlu dia lakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol. | Ayat yang betul ialah "Malah, dia telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol". | Tatabahasa | 24.04.2022 |
Mohon pertolongan untuk memilih jenis iklan yang mana satu perlu saya pilih. Kami perlu meletakkan papan tanda untuk nama kilang di hadapan atas kilang kami | Tuan perlu memilih Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Untuk permohonan papan iklan, sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan, contohnya KILANG MAKANAN. Singkatan perkataan SDN. BHD. perlu diletakkan titik. | Lain-lain | 09.03.2020 |
1. perkataan kerajaan, agensi pusat, kementerian, jabatan - adakah perlu 2. Anugerah Industrialised Building System, adakah perlu italic pada penggunaan perkataan inggeris 3. Anugerah Penilaian Outcome, adakah perlu italic pada perkataan inggeris 4. Movenpick Convention Center -adakah perlu italic kesemua perkataan walaupun nama tempat? | 1. Sila kemukakan soalan yang jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat. 2. Nama Anugerah Industrialised Building System diterjemahkan kepada “Anugerah Sistem Binaan Berindustri”. Dalam senarai istilah Penilaian Harta Tanah, istilah bahasa Melayu bagi Industrialised Building ialah “Binaan Berindustri”. 3. Kami mencadangkan nama anugerah tersebut menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, iaitu “Anugerah Penilaian Hasil”. Sekiranya, terdapat percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam teks tertentu, pihak puan digalakkan cuba mendapatkan dahulu padanan dalam bahasa Melayu. 4. “Movenpick Convention Center” merupakan nama khas yang tidak perlu dieja menggunakan huruf condong. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2024 |
Adakah perkataan bahasa Inggeris yang ditelakan dalam kurungan perlu italik? Salinan cetak (hardcopy) perlu dihanatr kepada kami dengan segera. Adakah perkataan hardcopy dalam kurungan perlu italik? | Dalam penulisan, perkataan bahasa asing dalam kurungan tidak perlu italik. | Tatabahasa | 31.10.2020 |
Kita perlu meningkatkan daya saingan rakyat kita di era globalisasi. Adakah ayat di atas betul? Kawan saya betulkannya kepada ayat di bawah: Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi. Soalan saya pula: 1) Kenapa tidak perlu menggunakan imbuhan Me- di depan tingkatkan? 2) Kenapa tidak tambahkan terbitan -an di belakang saing? Dia tidak dapat jawab soalan saya, oleh itu saya tulis di sini supaya pakar bahasa DBP dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. 1. Kita perlu meningkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi. 2. 2. Daya saing rakyat kita pada era globalisasi perlu kita tingkatkan (Ayat pasif) 3. 3. Perlu kita tingkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi (Ayat pasif songsang) Oleh itu, ayat Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi tidak gramatis untuk digunakan. | Tatabahasa | 08.04.2021 |
Boleh saya tahu sesuatu. Soalan saya : 1) Istilah yang tiada dalam PRPM perlu diitalickan? 2) Sebagai contoh istilah sains seperti defibrilator ... perlu diitalickan? 3) Jenama sesuatu barang yang tidak wujud di dalam PRPM perlu diitalickan? | Defibrilator merupakan ejaan dalam bahasa Melayu yang diserap terus daripada perkataan bahasa Inggeris, maka tidak perlu diitalikkan. Jika terdapat perkataan dalam bidang sains atau perkataan yang masih belum ada dalam kamus boleh diitalikkan. Bagi jenama pula seperti jenama Facebook, Google, atau Pepsi tidak terakam dalam kamus kerana merupakan nama jenama dan tidak perlu diitalikan. | Tatabahasa | 15.01.2021 |
Berapa bulan saya perlu membayar yuran? Berapa bulan yang perlu saya bayar yuran? Yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Berapa bulan saya perlu membayar yuran?” | Tatabahasa | 10.10.2023 |
Berapakah wang yang saya perlu membayar? Berapakah wang yang perlu saya bayar? Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Berapakah wang yang perlu saya bayar?” Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 431 hingga 575. | Lain-lain | 17.04.2024 |
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ? | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. | Tatabahasa | 14.07.2020 |
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?) | 1. Selepas tanda seru perlu huruf besar. 2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil. | Lain-lain | 11.06.2021 |