Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan perkataan "untuk" sebagai kata sendi atau sebagai kata hubung pancangan keterangan? mohon berikan contoh ayat bagi memudahkan pemahaman.Kata sendi nama untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan. Manakala untuk sebagai kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa utama. Contoh ayat untuk sebagai kata sendi ialah “Baju kurung itu untuk adik”. Contoh ayat sebagai kata hubung ialah “ Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak”. Perbezaan yang jelas ialah kata untuk sebagai kata hubung harus menghubungkan dua klausa, iaitu klausa keterangan dengan klausa utama (nira dikumpulkan, dibuat manisan dan tuak), manakala, kata untuk sebagai kata sendi ialah boleh terdiri daripada hanya satu klausa sahaja dan digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. Tatabahasa12.07.2018
Mengapakah kata seperti kebertanggungjawaban, keberadaan, keberhasilan, keberkesanan dan kata - kata seumpamanya menggunakan apitan ke-...-an dan bukannya per-...-an seperti pergaduhan (bergaduh), permainan (bermain), perjanjian (berjanji), percintaan (bercinta) dan seumpamanya? Salahkah jika kebertanggungjawaban saya tulis sebagai pertanggungjawaban, keberadaan sebagai peradaan, keberkesanan sebagai perkesanan dan keberhasilan sebagai perhasilan? Saya mohon pencerahan dan berterima kasih jika pihak DBP menjawab pertanyaan (kebertanyaan?) saya.

Apitan pe-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran.  Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan.

Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 213), contohnya perkataan kehujanan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat "Dia kehujanan di jalan".
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212-213

Tatabahasa22.11.2017
apakah penggunaan perkataan 'antara' sebagai kata sendi nama dan kata arah?

Kata  “antara” dapat  berfungsi sebagai kata sendi nama dan juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, “antara” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Contohnya: Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.

Penggunaan “antara” sebagai kata arah pula mesti mengikuti sendi “di –“ contohnya: Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

Tatabahasa10.05.2020
Bplehkah saya menggunakan perkataan royal sebagai nama bangunan? sebagai contoh residensi royal.Penamaan bangunan/skim pembangunan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Royal ialah bahasa Inggeris dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah diraja. Untuk makluman puan, penggunaan perkataan diraja juga tidaklah boleh digunakan sewenang-wenangnya.Lain-lain12.06.2019
Adakah penggunaan perkataan eko sains sebagai nama khas betul? .Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah Taman Ekosains SK KundasangLain-lain22.08.2019
Adakah betul penggunaan eko sains yang digunakan sebagai kata nama khas. Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Penggunaan yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang.Ejaan27.08.2019
1. Zakry sering mengambil berat akan / terhadap / tentang Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai. Yang manakah betul? 2. Sebagai contoh atau Sebagai contohnya? 3. Adakah perkataan Contohnya boleh digunakan untuk memulakan ayat?Salam sejahtera,

1. Zakry sering mengambil berat terhadap Basirah walaupun pengorbannya tidak dihargai. - ayat yang tepat.
2. Sebagai contoh yang betul.
3. Permulaan ayat dengan menggunakan perkataan Contohnya tidak menjadi masalah dan boleh digunakan.

Sekian.

Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau www.prpm.dbp.gov.my
Tatabahasa22.02.2020
Saya ingin minta pengesahan samada betul menterjemah "to empower" sebagai "mengwibawa" dan "empowerment" sebagai "pengwibawaan". Sekian.Empower boleh diterjemahkan kepada memberi kuasa atau menjadikannya berwibawa dan empowerment diterjemahkan kepada pemberian kuasa atau pemerkasaan bergantung pada konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan21.06.2019
adakah "berbual-bual" boleh dikategorikan sebagai frasa kerja? atau hanya sebagai kata kerja?Kata berbual-bual ialah kata kerja dan boleh berfungsi sebagai frasa kerja contohnya "kami berbual-bual"Tatabahasa13.01.2020
Dalam Bahasa Inggeris, 'formerly known as'. Dalam Bahasa Malaysia adakah 'dahulu dikenali sebagai' atau 'dahulunya dikenali sebagai'.Kedua-duanya boleh digunakan.Istilah06.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas