| Ever Low 4.46 PTG MINTA TOLONG SAYA HARI HARI CALL 03-2147 9400 03-2147 9500 032147 9600 TAK ORANG JAWAP! SAYA NAK TANYA TENTANG PENGESAHAN BAHASA UNTUK PAPAN IKLAN, BOLEH CALL SAYA 012-6138069 | Mohon maaf atas perkara tersebut. Pihak kami akan menghubungi pihak tuan dengan segera. Terima kasih. | Lain-lain | 23.08.2017 |
| berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih. | Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media. | Lain-lain | 28.09.2012 |
| saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun | Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. Contoh pantun enam kerat: Tempayan pecah jangan diterap, Boleh buat pengisi dedak, Dedak basah penjemur padi; Orang miskin apa diharap, Budi tiada bahasa pun tidak, Emas perak jauh sekali. | Lain-lain | 15.07.2010 |
| Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke? | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak. | Makna | 18.05.2020 |
| Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda? | Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga. Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda? | Lain-lain | 09.07.2010 |
| Adakah terdapat perbezaan makna antara `ramai orang' dengan `orang ramai'? . Jika berbeza, boleh tak tuan tunjukkan dalam bentuk ayat? Terima kasih | Ramai orang biasanya merujuk keadaan di sesuatu tempat manakala orang ramai merujuk masyarakat umum, awam | Istilah | 13.05.2009 |
| Makna dan Huaraian UKHWAH (jika salah ejaan, tapi bunyinya, yalah maksud saya). Contoh sdekumpulan pelajar dan individu dalam satu kumpulan agama yang memandang mulia sesama mereka, tapi orang lain endah tak endah saja, lebih jelas lagi orang lain tak islam seperti mereka. | Ukhuwwah ialah kata Arab yang bermaksud persaudaraan, dalam konteks agama semuanya dianggap bersaudara atas dasar seagama, iaitu Islam. | Makna | 08.08.2010 |
| 1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan? | 1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja), ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif), iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama) 2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia. 3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
| M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini. | Lain-lain | 29.09.2016 |
| Salam sejahteraan.1.Saya nak tanya tentang peribahasa air tenang jangan disangka tiada buaya,bolehkah saya gunakannya untuk menjelaskan sesuatu situasi yang nampaknya selamat tetapi sebenarnya tidak?2.peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas bermaksud adat yg tidak berubah,bolehkan saya gunakannya untuk menunjukkan keyakinan ,matlamat atau perkara lain yang tidak berubah walaupun mengalami cabaran? terima kasih | Salam, Berpandukan kepada makna kedua-dua peribahasa yang diberikan di bawah, tuan/puan boleh melihat kesesuaian peribahasa tersebut dengan situasi yang hendak disampaikan atau yang berlaku. 1. Peribahasa Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Takrif: Orang yang diam jangan disangka pengecut. 2. Peribahasa Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Takrif: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. | Lain-lain | 13.10.2016 |