Tropical Villa | Vila Tropika | Ejaan | 04.11.2014 |
linked villa | vila berangkai | Istilah | 14.06.2011 |
Cadangan Nama Taman: Residensi 1) Batai Astana 2) Batai Vila 3) Batai Mahligai | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan penamaan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR PENAMAAN. PBT dan klik “Pilih”. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Sila nyatakan jenis pembangunan di hadapan nama pembangunan, contoh: RESIDENSI, PANGSAPURI, TAMAN, JALAN atau yang bersesuaian. Sila gunakan nama pembangunan yang mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Melayu. Maklumat tentang penamaan (sebab-sebab nama dipilih) boleh diletakkan pada bahagian Maklumat tentang Iklan. | Lain-lain | 23.12.2024 |
MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI. | Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1456 dan 1790. | Makna | 06.03.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai yang berikut dari segi ejaan dan tatabahasa, adakah betul 1. Persatuan Pemuafakatan Residen dan Tetangga Impiana Villa. 2. Kesatuan Residen dan Tetangga Impiana Villa. Terima kasih | Cadangan kami: Persatuan Penduduk dan Tetangga Impiana Vila. | Tatabahasa | 28.01.2014 |
Boleh kita namakan taman perumahan dengan perkataan "Bangsawan" Contoh : Villa Bangsawan , Bangsawan Resisdensi, atau Taman Bangsawan dan sebagainya. | Bangsawan bermaksud keturunan mulia. Dari aspek penggunaan bahasa Melayu perkataan bangsawan boleh digunakan, namun penggunaannya perlulah sesuai dengan konteks penggunaannya. Lazimnya kita menggunakan perkataan bangsawan seperti dalam frasa pentas bangsawan dan orang bangsawan. Jika nama Vila Bangsawan hendak digunakan penempatan tersebut mesti sesuai dengan konteks makna yang dibawanya. | Tatabahasa | 02.08.2012 |