Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -ku

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti badak terentak.

Bermaksud :

Orang tambun dan hodoh.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh.Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau.Tatabahasa10.08.2007
soalan 1. Berapa dan apakah perkataan yang boleh menerima imbuhan memper-----kan. imbuhan ini seakan-akan bentuk lewah dalam bahasa Melayu, bersetujukah tuan? soalan 2. Peribahasa yang digunakan dalam karangan perlu ditulis bagaimana? soalan 3.Memper...kan bergabung dengan kata nama dan kata kerja membentuk kata kerja. Contoh: memperisterikan;mempersendakan;memperjodohkan;memperdengarkan;memperlihatkan;memperbahaskan. bentuk yang lewah ialah bentuk terbitan dengan apitan memper...i seperti memperolehi,memperbaiki,memperakui. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu hal. 198-201. Peribahasa dalam karangan ditulis terus bersama-sama dengan ayat yang dibina. Contoh: Dia bersikap seperti kacang lupakan kulit.Tatabahasa09.08.2007
salam sejahtera..sy ingin bertanyakan tentang penggunaan kata sendi 'untuk' dan 'demi'..bagaimana cara penggunaannya dan bolehkah mendapat pendapat daripada bebarapa tokoh bahasa berkaitan hal tersebut..Mengikut kamus Dewan Edisi 4 kata untuk bermaksud i. ditentukan bagi, merupakan bahagian;ii. guna,bagi, buat. Kata demi antaranya bermaksud kerana,untuk. Oleh yang demikian sdr. bolehlah menggunakan salah satunya dalam ayat sdr. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu yang disusun oleh beberapa tokoh bahasa dan diterbitkan oleh DBP untuk penerangan lanjut.Tatabahasa09.08.2007
Hi, bolehkah optimizer diterjemahkan sebagai pengoptimum?pengoptimum.Tatabahasa09.08.2007
Hi, padanan "command line" ialah "garis perintah" atau "baris perintah"?penggunaan yang tepat adalah mengikut konteks penggunaannya. cadangan daripada kami ialah garis perintah.Tatabahasa09.08.2007
Hi, ASP (Active Server Page) ialah Halaman Pelayan Aktif atau Laman Pelayan Aktif?laman pelayan aktif.Tatabahasa09.08.2007
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut?Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih.Tatabahasa09.08.2007
saya ingin mendapatkan ruangan terjemahan bahasa melayu ke bahasa english dan bahasa english ke bahasa melayuSdr bolehlah merujuk KIMD, Kamus Inggeris Melayu Dewan (carian kata), untuk terjemahan daripada BI, walau bagaimana DBP belum ada Kamus Melayu Inggeris untuk rujukan terjemahan Melayu Inggeris.Makna09.08.2007
Sanjungan berikut - yang manakah betul - Selamat Hari Merdeka atau Selamat Hari Kemerdekaan?Ayat yang lebih betul dan gramatis ialah ayat yang kedua walau bagaimana pun ayat yang pertama pun boleh digunakan.Makna09.08.2007
Nak tahu Perkataan pendek mantan perdana menteriTidak jelas dengan maksud sdr, mantan bermakna bekas.Makna09.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas