Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 138


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Yang sebetulnya ialah: "Berbudi kepada tanah" atau "Berbudi pada tanah"? terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama “kepada” lebih tepat digunakan dalam ayat “Berbudi kepada tanah”. Penggunaan 138" data-end="150">“kepada” merujuk kepada manusia atau sesuatu, manakala kata sendi nama “pada” pula digunakan untuk merujuk waktu, tempat, perasaan atau sikap, pendapat, makna daripada, lingkungan sesuatu dan makna akan atau tentang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1054 dan 1573.

Lain-lain08.10.2025
Boleh tak beri penjelasan mengapa semak samun tidak perlu letak tanda "-" tetapi rempah-ratus perlu tanda sempang sedangkan rempah dan ratus juga mempunyai maksudnya sendiri

Perkataan “semak samun” tidak menggunakan tanda sempang kerana merupakan kata majmuk, manakala “rempah-ratus” merupakan kata ganda berentak dan perlu diletakkan tanda sempang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 135 dan 138.

Tatabahasa12.12.2023
Boleh tak beri penjelasan mengapa semak samun tidak perlu letak tanda "-" tetapi rempah-ratus perlu tanda sempang sedangkan rempah dan ratus juga mempunyai maksudnya sendiri Soalan ini masih tidak mendapat jawapan daripada pihak tuan sejak 12/12/2023.

Perkataan “semak samun” tidak menggunakan tanda sempang kerana merupakan kata majmuk, manakala “rempah-ratus” merupakan kata ganda berentak dan perlu diletakkan tanda sempang.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 135 dan 138.

Tatabahasa31.12.2023
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya berkaitan perkataan raya. Kebanyakan kata nama yang bergabung dengan raya akan membentuk kata majmuk. Cuma, terdapat kekeliruan berkaitan perkataan kaya raya yang dikategorikan dalam kata ganda berentak, iaitu kaya-raya. Bolehkah tuan terangkan proses pembentukan kata tersebut yang tergolong sebagai kata ganda berentak dengan lebih lanjut?Walaupun perkataan “kaya” dan “raya” kedua-duanya memiliki maksud yang tersendiri, namun perkataan “kaya-raya” yang membawa maksud sangat kaya termasuk dalam kata ganda berentak. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Maka, kata ganda “kaya raya” perlu dieja sebagai “kaya-raya”. Contoh lain kata ganda berentak ialah “hina-dina”, “gundah-gulana”, “haru-biru” atau “kacau-bilau”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 986, Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 692 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 138.

Tatabahasa17.01.2024
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025

Kembali ke atas