Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siti Hanum SAT 14:14 Siti Hanum Siti Assalamualaikum DBP, maaf mengganggu,saya Siti Hanum nak tanya, DPB ada keluarkan buku bahasa asing tak macam bahasa greek atau latin? terima kasihWaalaikumussalam, Untuk maklumat puan, DBP tidak ada menerbitkan buku bahasa Greek atau Latin. Terima kasih.Lain-lain26.11.2016
Mengapakah dalam ungkapan ke-14, tanda sempang (-) mesti diwujudkan di antara kata sendi nama "ke“ dengan kata bilangan "14"? Adakah hal ini demikian bertujuan untuk memisahkan kata sendi nama "ke" dengan kata bilangan "14” agar kata sendi nama dan kata bilangan tidak dicampuradukkan, iaitu kata sendi nama tidak bercampur aduk dengan kata bilangan atau kata bilangan tidak bercampur dengan kata sendi nama? Adakah kejadian ini disebabkan kata sendi nama dan kata bilangan berasal daripada golongan kata yang berlainan, jadi konsep "tidak mahu mencampuradukkan golongan kata yang berlainan" wujud dengan meletakkan tanda sempang(-)?Tanda sempang (-) dalam ungkapan ke-14 merupakan peraturan atau ketetapan yang telah ditentukan dalam gaya penulisannya.Ejaan11.07.2014
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendent’s Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran.Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri.Tatabahasa15.11.2012
Mana ayat yang tepat, 'Sekiranya pihak universiti tidak menerima apa-apa jawapan daripada tuan selepas 14 hari dari tarikh surat ini...........' atau ' Jika pihak universiti tidak menerima sebarang jawapan daripada tuan selepas 14 hari........'Ayat yang betul: 'Sekiranya pihak universiti tidak menerima apa-apa jawapan daripada tuan selepas 14 hari dari tarikh surat ini...........' Tatabahasa05.05.2011
mana betul seramai atau sebanyak 14 orang telah mati kerana kemalangan di jalanraya pagi semalamAyat yang betul ialah Sebanyak 14 orang telah mati kerana kemalangan di jalan raya pagi semalam.Tatabahasa10.09.2013
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau BNombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan.Ejaan09.11.2016
Tuan, pertanyaan yang telah saya kemukakan pada 14/9/17 tidak menerima sebarang maklum balas. Diminta pihak tuan buat semakan semula. Sekian, terima kasih.Mohon kerjasama tuan mengemukakan semula pertanyaan pada 14/9/17  tersebut untuk rujukan dan semakan kami. Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi dan berusaha untuk membantu menyelesaikannya dengan kadar yang segera.Lain-lain25.09.2017
Saya ingin menyemak penggunaan kata: 1. Pusat Selenggara & Baikpulih Bateri Sila nasihat jika penggunaan kata di atas boleh mendapat pengesahan bagi tujuan pengiklanan. Saya lampirkan contoh draf bagi rujukan pihak DBP. Terima Kasih

14.6pt; line-height: 150%; text-indent: -14.6pt; mso-list: l0 level1 lfo1;">1.   Betulkan kepada PUSAT SELENGGARA DAN BAIK PULIH BATERI. Tukar & kepda DAN, dan ejaan dua perkataan untuk BAIK PULIH.

14.6pt; line-height: 150%; text-indent: -14.6pt; mso-list: l0 level1 lfo1;">2.   Letak titik untuk singkatan SDN.  BHD.

14.6pt; line-height: 150%; text-indent: -14.6pt; mso-list: l0 level1 lfo1;">3.   Mohon hantar visual yang jelas semasa membuat permohonan untuk pengesahan bahasa Melayu.

4.   Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat   melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
5.   Bagi permohonan dalam talian, tuan perlu mendaftar dahulu untuk mendapatkan id akses dan kata laluan. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.
Penyemakan dan penterjemahan12.09.2018
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas