Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 18 1%


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & selamat pagi, (Soalan saya pada 16/1/18 masih belum berjawab) Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa22.01.2018
Salam sejahtera tuan/puan, Pertanyaan saya: 1. Untuk alamat rumah ~ ditulis Nombor 18 @ No. 18? 2. Wanita itu berusia enam puluhan @ berusia 60-an? Terima kasih.
Untuk penulisan alamat lazimnya ditulis dalam singkatan iaitu no. 18 manakala jawapan yang betul bagi soalan kedua ialah 60-an. 
Lain-lain29.06.2019
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul. 1. antara 18 hingga 45 tahun 2. antara 18 dengan 45 tahun Sekian, terima kasih

Ayat yang betul ialah ... antara 18 hingga 45 tahun.

Tatabahasa14.08.2025
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
Salam, saya ingin bertanyakan satu soalan. Namun, terlebih dahulu, perkara ini sebenarnya bersangkut paut dengan Majlis Peperiksaan Malaysia. Namun, sebagai peneraju dalam bidang bahasa, mungkin pihak DBP@PRPM dapat jelaskan perkara ini. Saya merujuk kertas peperiksaan SJK UPSR 2013. Bagi soalan objektif, dinyatakan dari soalan 1-17, sedangkan soalan 18 ditanyakan penjodoh bilangan. Saya tidak mahu mengusik soalan 19-20 kerana bertanyakan sinonim & antonim. Maka, ketiadaan soalan 19-20 dalam arahan boleh diterima pakai. Namun, mengapa tidak ditulis sebagai 'soalan 1-18'? Mengapa pula hanya ditulis 'soalan 1-17'?Harap soalan saya jelas. Terima kasih.

Kami ambil maklum tentang perkara tersebut. Mungkin terdapat kesilapan daripada penyedia kertas soalan. Saya mencadangkan puan merujuk terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Lain-lain27.05.2013
Tetapi tuan, sila rujuk kembali tatabahasa dewan pg 515, (I)keterangan musabab ,18.3.3.1., contoh ayat ke 115, ayat tersebut telah menggunakan 'sebab' sebagai kata hubung. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya . Sekian.

Sila baca dengan teliti Tatababasa Dewan, halaman 515. Ayat 115 yang dimaksudkan jelas menyatakan: Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke  dewan peperiksaan.

 

Ayat ini menggunakan kata hubung keterangan musabab oleh sebab, bukannya sebab.
Tatabahasa02.09.2014
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih
Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.  
Lain-lain29.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas