Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas? | Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45). | Makna | 14.11.2012 |
Asslamualaikum tuan/puan Mohon semak ayat terjemahan saya ini sekiranya ada apa-apa kesalahan ENG : A1L is a hydroentangled blend of 55% polyester and 45% cellulose, which is made without the use of binders. Malay : A1L adalah gabungan 55% poliester dan 45% selulosa hidrokusut yang dihasilkan tanpa menggunakan pengikat (binders). | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi teks bahasa Inggeris "A1L is a hydroentangled blend of 55% polyester and 45% cellulose, which is made without the use of binders." ialah "A1L merupakan gabungan hidrokusut yang terdiri daripada 55% polister dan 45% selulosa yang dihasilkan tanpa ikatan." | Makna | 12.01.2023 |
Soalan: “ Pilihlah( ) satu tajuk kerajaan berikut dan siapkannya dalam masa 45 minit ,”kata cikgu Vimalar kepada pelajar-pelajarnya. jawapan ialah apa. Ada 4pilihan A mana-mana B siapa-siapa C bila-bila D apa-apa | Pilihlah mana-mana satu tajuk kerajaan berikut dan siapkannya dalam masa 45 minit ,”kata cikgu Vimalar kepada pelajar-pelajarnya. Jawapan yang betul ialah A mana-mana | Tatabahasa | 16.10.2021 |
Sama ada terdapat istilah “butiro” dalam bahasa Melayu bagi perkataan “butyro”. Sebagai contoh dalam ayat seperti yang berikut: “Ghee shall have butyro number of from 42 to 45 at 40 C. Minyak sapi hendaklah mempunyai nombor butiro daripada 42 hingga 45 pada 40 C.”. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: butyro - butiro Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 28.05.2021 |
Boleh ke saya baca isi kandungan yang terkandung dalam buku Malaysia kita dalam medan ini. Terima kasih. | Maaf saudara, DBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. | Lain-lain | 19.02.2009 |
1.bolehkah sekiranya saya ingin meminjam bahan-bahan rujukan dan bagaimanakah caranya untuk saya berbuat demikian? 2..bolehkah saya mendapatkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan ( Zainal Abidin Safarwan) ? | Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 07.02.2009 |
Che Wan Hasmah WED 17:45 Che Wan Hasmah Che Wan Assalamualaikum. Bagaimana cara saya ingin memohon sumbangan kamus untuk sekolah dengan pihak tuan . Siapa yang boleh saya hubungi. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my. Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.10.2016 |
Assalamualikum Tuan/Puan Saya juga sedang mencari rujukan berkaitan dengan ejaan hukum - hukum tajwid dalam al-Quran Boleh DBP bantu saya untuk dapatkan rujukan yg betul.. Terima Kasih | Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. | Lain-lain | 08.06.2017 |
EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR. | Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja: Ejaan jawinnya: PUSAT = ڤوست KONSERVASI = کونسرۏاسي DAN = دان PENERANGAN = ڤنرڠن PENYU = ڤڽو CHERATING = چراتيڠ | Lain-lain | 06.09.2019 |
Yang manakah cara betul untuk menulis “dengan mu” atau “denganmu”, “denganku” atau “dengan ku”. Terima kasih | 45.75pt; line-height: normal; text-align: justify;">Kata singkatan -mu dan -ku dieja bersambung dengan perkataan yang mengikutinya atau mendahuluinya. Berdasarkan contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah “denganmu” dan “denganku”. 45.75pt; line-height: normal; text-align: justify;"> | Tatabahasa | 17.07.2024 |