Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u.

Sdr. Logiswari,

1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60?

2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10.

Tatabahasa19.04.2010
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya ayat yang manakah yang betul: (a) "Saya berusia antara 16 hingga 60 tahun"; atau (b) "Saya berusia antara 16 dan 60 tahun". Untuk makluman, konteks ayat ini ingin merangkumi kedua-dua umur 16 dan 60 tahun juga. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "berusia daripada 16 hingga 60 tahun". Kata sendi berpasangan yang betul bagi antara ialah dengan, seperti "antara A dengan B".Tatabahasa14.06.2018
As salam, mohon betulkan penggunaan perkataan: 60an atau 60-an Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 60-an.Ejaan21.08.2013
Kesalahan ayat: Datuk yang berumur 60-an masih bekerja kuat untuk menoreh getah pada setiap pagi.Ayat yang gramatis ialah Datuk yang berumur 60-an masih kuat bekerja dengan menoreh getah pada setiap pagi.Tatabahasa04.07.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan: 1. 'haribulan' sama ada ia patut dijarakkan atau dirapatkan. Terdapat dua jenis daftar kata di dalam DBP iaitu 'haribulan' dan 'hari bulan'. 2. '60 an'. Perlukah diletakkan sempang, '60-an'? 3. Perkataan 'Baginda' (untuk nabi). Huruf besar atau kecil? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1. hari bulan
2. 60-an
3. baginda
Ejaan16.12.2014
Salam sejahtera tuan/puan, Pertanyaan saya: 1. Untuk alamat rumah ~ ditulis Nombor 18 @ No. 18? 2. Wanita itu berusia enam puluhan @ berusia 60-an? Terima kasih.
Untuk penulisan alamat lazimnya ditulis dalam singkatan iaitu no. 18 manakala jawapan yang betul bagi soalan kedua ialah 60-an. 
Lain-lain29.06.2019
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar?

  Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7.     

Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara.           

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka.

Lain-lain15.05.2010
Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.

Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60"
Lain-lain14.08.2017
Persatuan ini berjumlah 60 orang ahli yang terdiri daripada semua pelajar dari semua tingkatan terutamanya pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Adakah ayat tersebut betul?

Contoh ayat yang diberikan adalah betul

Tatabahasa05.04.2020
1234

Kembali ke atas