Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah penggunaan perkataan yang betul untuk menunjukkan julat sama ada 'di antara julat 35% hingga 68%' atau 'antara julat 35% hingga 68%' atau 'diantara julat 35% hingga 68%' Adakah betul penggunaan 'diantara' Terima kasih. | Merujuk tatabahasa Dewan. Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya). Oleh itu jawapannya 'antara julat 35% hingga 68%' | Tatabahasa | 15.09.2017 |
Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b) | Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b). | Ejaan | 09.05.2024 |
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih | 1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87. 2. Ejaan yang betul ialah respons. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Adakah kedua-dua cara penulisan unit meter ini boleh digunakan dan yang manakah lebih sesuai (nilai dan unit dijarakkan atau rapat) seperti : 25 km/jam atau 25km/jam dan 10km atau 10 km | Puan Jamilah, Mengikut gaya penulisan dalam buku Gaya Dewan, terbitan DBP, halaman 68; Angka dan unit hendaklah dijarakkan: 3000 kaki per saat 25 km per jam 10 km 11 000 orang | Tatabahasa | 27.02.2009 |
Mengapakah kamu memanggil saya? Mengapakah kamu panggil saya? Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Mengapakah kamu memanggil saya?”. Awalan me- merupakan awalan kata kerja di bawah kategori kata terbitan berawalan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 68 - 69. | Tatabahasa | 09.04.2024 |
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasih | Berikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. | Tatabahasa | 14.02.2015 |
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela. | Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut: (a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68) (b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat. Contoh: - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan - Harganya RM3.00/ela | Tatabahasa | 16.10.2009 |
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih. | Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu. Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80. | Lain-lain | 11.03.2012 |
Penggunaan tanda garis miring "/" dalam surat rasmi kerajaan. Saya dimaklumkan bahawa tidak perlu jarak antara dua perkataan (contoh: tuan/puan). Walau bagaimanapun, saya melihat didalam pekeliling dan surat rasmi kerajaan, terdapat jarak selepas tanda garis miring (contoh: PP 10/2017 "10. Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ..."). Mohon pencerahan pihak DBP berhubung perkara ini. | Benar, tanda garis miring (/) tidak memerlukan jarak antara dua perkataan. Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda ini seperti yang berikut: a) Nombor rujukan surat rasmi. DBP/173/14/4 K.3 (68) b) Sebagai pengganti kata dan, atau dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat. Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM3.00/naskhah 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai | Tatabahasa | 09.04.2018 |