| Saya ingin tahu mengenai penggunaan huruf dan ayat yang betul. 'Yang Ke-69' atau 'yang ke-69' atau memadai Ke-69 sahaja. | Untuk makluman, untuk menentukan ketepatan huruf besar atau kecil, perlu dilihat kedudukan frasa tersebut dalam ayat. Jika kedudukannya di hadapan ayat, perlu ditulis, "Yang ke-69" dan Ke-69. Jika kedudukannya, di tengah-tengah ayat, perlu ditulis "XXX yang ke-69" | Tatabahasa | 20.01.2017 |
| Adakah altruisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia ? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana halaman 69, perkataan "altruisme" membawa maksud 1. pandangan hidup atau amalan yang mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri; 2. fahaman yang menyarankan bahawa sesuatu itu dilakukan untuk kebaikan semua dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, perkataan "altruisme" boleh digunakan dalam penulisan bahasa Melayu sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan dan maksud yang dinyatakan. | Tatabahasa | 20.08.2023 |
| Mengapakah kamu memanggil saya? Mengapakah kamu panggil saya? Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Mengapakah kamu memanggil saya?”. Awalan me- merupakan awalan kata kerja di bawah kategori kata terbitan berawalan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 68 - 69. | Tatabahasa | 09.04.2024 |
| Assalamualaikum... Sebelum dan selepas kata "kemudian" perlu diletakkan tanda koma (,) atau tidak? Contoh ayat: 1. Beliau menakluk Bukhara, kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan menyerang Kawarisma. 2. Kemudian, ayam dimasukkan ke dalam kuali. | Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat. Dalam contoh ayat yang diberi, tanda koma dalam ayat pertama, betul penggunaannya manakala dalam ayat kedua, tidak betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 64-69. | Tatabahasa | 14.02.2017 |
| saya masih tak jelas tentang penggunaan "di" untuk nama am dan kata kerja cth: di dalam atau didalam dirujuk atau di rujuk | saya masih tak jelas tentang penggunaan "di" untuk nama am dan kata kerja cth: di dalam atau didalam dirujuk atau di rujuk Untuk makluman, "di" boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. "Di" sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama contohnya di Sarawak dan di di dalam bakul sampah serta dieja terpisah. Manakala "di" sebagai imbuhan dieja bersambung contohnya dirujuk, dibuat, dilihat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 69, 77, 166, 175-177, 265-266, 285, 489. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
| Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih . | Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
| Salam Sehati Sejiwa, 1. Apakah beda KATA DASAR dan KATA TUNGGAL? 2. Mohon diberikan contoh bagi KATA DASAR dan KATA TUNGGAL. 3. Kata 'bekalan' ialah golongan kata apa? 4. Mohon diberikan contoh kata terbitan yang berfungsi sebagai kata dasar, iaitu apabila diletakkan imbuhan menjadi kata terbitan juga. Terima kasih. | 1. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan). 2. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 12.09.2015 |