Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, untuk format penulisan emel rasmi, adakah 'Salam sejahtera' itu ditulis sebagai 'Salam Sejahtera' atau 'Salam sejahtera' pada pembukaan emel tersebut? Terima kasihSalam sejahtera,

Frasa yang betul ialah Salam sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.06.2019
As salam & Salam Sejahtera, Saya memerlukan translation dari bi-bm berkenaan dengan perkataan 'security and safety'. Adakah tepat jika saya menggunakan keselamatan dan pengawasan? Pertolongan daripada pihak anda amatlah saya hargai. Terima kasih.Security dan safety dalam bahasa Melayu diberi padanan yang sama. Kami bersetuju dengan cadangan tuan, hanya diubah suai sedikit menjadi "Pengawasan dan Keselamatan" kerana pengawasan sebahagian daripada langkah kawalan keselamatan.Lain-lain02.09.2019
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istiliah berikut: 1. Diversity management 2. Job assigned 3. Procedural injustice 4. Distributive injustice Sekian dan terima kasih.1. Diversity management = Pengurusan Kepelbagaian
2. Job assigned = Serahan Tugas
3. Procedural injustice = Tatacara/Prosedur Ketidakadilan
4. Distributive injustice = Agihan Ketidakadilan
Makna20.05.2019
Salam. Apakah perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan?Salam sejahtera tuan budiman,

Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan

Berkenaan dengan perkembangan terkini Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan, Bahagian Perkamusan DBP sedang giat menjalankan usaha-usaha untuk memastikan penerbitannya pada tahun ini juga. Kami tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut atas faktor keselamatan. Insya-Allah pihak DBP akan membuat pengumuman rasmi setelah terbit nanti.

Sekian terima kasih.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

"Hairani binti Mohd Khalid" <irani@dbp.gov.my>Perancang Bahasa S48

Bahagian Perkamusan

Lain-lain30.01.2020
Salam. Apakah terjemahan/padanan yang sesuai bagi 'Artificial Intelligent'?Salam sejahtera,

Padanan artifical intelligence ialah kecerdasan buatan.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan26.11.2019
Salam sejahtera. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pena ?Salam sejahtera,

Tuan,

Frasa yang terdapat dalam data ialah buah pena yang bermaksud hasil karangan seseorang atau karya.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.07.2019
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'anonymization'. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi puan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan17.10.2019
Salam Sejahtera, Diminta bantuan perkataan JAWI untuk KEDAI BETERI. TERIMA KASIHSalam sejahtera,

Saudara,

Perkataan jawi untuk KEDAI BATERI ialah  كداي باتري
Lain-lain09.06.2020
Salam Sejahtera, Apakah terjemahan BM bagi Self-Perceived Employability? Terima kasih.Salam sejahtera,


Cadangan padanan teks dalam bahasa Melayu ialah kebolehkerjaan persepsi diri. Sila sesuaikan dengan konteks penggunaan anda.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.09.2019
Salam sejahtera. Yang mana betul: Thailand atau negara/negeri Thai? Terima kasih!Salam sejahtera,

Saudara,

Jawapan yang betul bagi soalan tersebut ialah Negara Thailand

​Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas