Saya sedang mencari buku Add Math yang diterbitkan oleh DB&P dan kalau tidak silap, telah ditulis oleh Tan Boon Seng. Buku ini pernah saya guna semaSA menghadapi SPM dalam tahun 1985. Buku ini agak tebal berukuran lebih kurang 6" x 10" , berwarna hijau muda dan coklat hitam. Saya sangat memerlukan buku ini untuk kegunaaan anak saya. | Kami memohon maaf kerana tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. Buku berkenaan tiada dalam simpanan pihak kami. | Lain-lain | 04.07.2010 |
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u. | Sdr. Logiswari, 1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60? 2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah. Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak... add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1">A. mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1">B. membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1">C. mencampuri urusan keluarga seseorang add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1">D. melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih | add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpFirst"> Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu. add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpMiddle">Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpMiddle"> add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpMiddle">Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa istilah Melayu sudah kearaban. add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpMiddle"> add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpMiddle"> add-space: auto; undefined: " class="MsoListParagraphCxSpLast">Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan. | Lain-lain | 12.03.2013 |
Apa makna perkataan zingy. Saya tidak pasti perkataan zingy itu bahasa malaysia atau bahasa ingeris. Terima kasih. | Saudara Asmah, Perkataan ini ialah perkataan dalam bahasa Inggeris , 'zing' yang merupakan bahasa slanga. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan perkataan ini bermaksud : n (colloq) umph: add a little brandy to give it more ~, bubuh sedikit brandi utk memberikan umph lagi. | Makna | 06.01.2010 |
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma. | Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'. Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: (a) memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak. (b) memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi. (c) memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. Tanda koma (,) digunakan: add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;" class="MsoListParagraphCxSpFirst">(a) sebagai unsur pemisah. add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;" class="MsoListParagraphCxSpMiddle">(b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. add-space: auto; mso-list: l0 level1 lfo1;" class="MsoListParagraphCxSpLast">(c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham. Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma. | Lain-lain | 04.03.2012 |