Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ADE


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ade masalah tekanan dalam hidup macam mane nak mengatasi masalah saya nie?Soalan saudara tiada kaitan dengan bahasa, sila rujuk kepada pihak yang berwibawa.Lain-lain09.07.2012
salam..galeri ade galeri untuk buat pameran ..mcm mane nk booking ye?Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Berkaitan hal tersebut tuan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran Am, Pegawai Bernama En. Abdul Rasyid Suleiman nombor telefon 03-2147 9797 atau En. Hamidi Baharom nombor telefon 03-2147 9080. Harap ia dapat membantu saudara. Sekian.Lain-lain16.04.2014
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBPSdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada:

Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.01.2013
nak tanye..ade tak..kamus indonesia ke melayu?..sebab..banyak buku indonesia yang dijual kat malaysia..sekadar pertanyaan..jika ada..tlg bagitau saya..

Puan Faezah,

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan kamus bahasa Indonesia - bahasa Melayu. Puan bolehlah mengunjungi kedai buku yang terdapat di bandara raya atau di tempat puan untuk mendapatkan kamus seperti ini yang diterbitkan oleh penerbit lain. 

Lain-lain31.03.2010
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama

1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan.

3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa07.08.2018
saya ada syarikat untuk buad production tulisan jawi tpi sye tak thu nak rujuk pada siapa .. sye ade dgr kt zayan fm utk bole buad semakan jawi .. bole ke sye design tulisan jawi dan sye tnjuk kt kndp utk buad semakan ? or ade sape2 yg sye bole buad rujukan ? sbb sye takut hasil yg sye buad tu silap dan terus berterusan silap sye tuu .. terima kasih ..

Untuk makluman tuan, teks Jawi boleh dirujuk melalui kamus dalam talian yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh membuat carian dengan menaip perkataan menggunakan huruf kecil  dan klik perkataan “Cari” dan akan terpapar ejaan dalam Rumi dan Jawi sekali gus.  Contoh: syarikat  [sya.ri.kat] | شريکت. Tuan boleh juga membuat pertanyaan melalui kndbp.gov.my bagi teks yang ringkas. Jika teks yang panjang/banyak halaman perlu mohon semakan dokumen.

 

Ejaan02.09.2021
Sukado Nald 17:49 DBP ade jual buku ni x?Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain08.11.2016
Salam tuan...sy mahu bertanya....ade x penjodoh bilangan untuk penyangkut baju??mohon pencerahan dari pihak tuan...trimakasihSebenarnya tidak semua benda perlu ada penjodoh bilangan. Boleh sahaja ditulis: Ibu mengmbil 5 penyangkut baju dari almari. Akan tetapi penjodoh bilangan yang paling hampir ialah "buah".Tatabahasa14.05.2014
salam. saya ingin bertanya dbp ade tk jual buku arahan keselamatan dan buku cara menjawab soalan peperiksaan KPSL. Terima kasihPertanyaan saudara di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP membantu pelanggan menangani masalah bahasa, sastera dan penerbitan. Sila rujuk kedai buku atau perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain26.01.2012
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebutKata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi.

Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa07.08.2018
123

Kembali ke atas