Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? | Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? Kata'ayah' ialah kata nama am hidup manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6 - Kata nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa? | Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya." Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih. | Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Adakah Ayah Wei Soon dan Ibu Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia? Terima kasih;) | Wei Soon dan Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
Perlukah perkataan pertama di perenggan pertama 'berselang'? Seperti contoh : Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua.Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung...... atau Saya Ai Ling. Saya murid tahun dua. Saya ada datuk dan nenek. Mereka tinggal di kampung...... | Soalan saudara tidak jelas dan idak ada perbezaan dalam kedua-dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Tolong berikan contoh bagi dftong, vokal berganding, konsonan bergabung, dan digraf | Diftong ialah dua huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap; contohnya pantai, pisau dan dodoi. Digraf ialah apabila dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (ng, ny, sy); contohnya nganga, nyanyi dan syiling. | Tatabahasa | 26.12.2010 |
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih. | Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Emak memberikan _____ angpau kepada Ai Ling. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk ayat di atas. | Sdr. Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjodoh bilangan bagi angpau ialah sekeping. terima kasih | Tatabahasa | 12.09.2009 |
Assalamualaikum wr wb, Saya ingin tahu jika perkataan yang berakhir dengan 'ai atau au' (seperti: sungai, badai dan pulau) tergolong dalam suku kata tertutup? Terima kasih. | Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding? | Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi. | Tatabahasa | 25.02.2013 |