Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam. | Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
saya abd ganing, baru mengajar bahasa Melayu, dan ada beberapa soalan daripada pelajar yang saya kurang pasti, iaitu penggunaan "saja" dan "sahaja". adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam setuasi rasmi atau dalam penulisan karangan? satu lagi,, adakah ayat ini ayat tunggal, "Ali seorang pelajar yang baik" menepati pola ayat dasar FN+FA. sebab yang mengelirukan ialah ada kata hubung relatif "yang" dalam ayat tersebut. email saya: anak_bapa26@yahoo.com terimah kasih.. | 1. Kedua-dua perkataan sahaja dan saja membawa maksud yang sama. Bagaimanapun, untuk yang rasmi hendaklah menggunakan perkataan sahaja. Saja hanya untuk bahasa percakapan. Untuk merujuk sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. 2. "Ali seorang pelajar yang baik" tergolong dalam ayat tunggal kerana mengandungi subjek dan predikat. Ayat tunggal selain terdiri daripada ayat penyata, juga boleh terdiri daripada jenis ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 439. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
maksud nilai-nilai murni | Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini: 1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995 | Makna | 16.01.2010 |
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasih | Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 26.07.2009 |
Assalam, Saya terbaca beberapa minggu lepas mengenai karya sains yang mahu diterbitkan oleh DBP. Ini meliputi karya terjemahan? Di mana boleh saya dapatkan maklumat lebih lanjut? | Tuan boleh mendapatkan maklumat daripada Encik Abd Rahim Omar (Rahim2@dbp.gov.my) atau Encik Abd Karim Bakar (Karim@dbp.gov.my). | Lain-lain | 11.11.2011 |
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih. | TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut. | Lain-lain | 09.06.2008 |
saya sedang mencari biografi penulis yang dikeluarkan oleh dbp dan di dalamnya terdapat biografi tentang abd talib hassan yang pernah memenangi tempat pertama sayembara GAPENA pada tahun 1976. judulnya saya sama sekali tidak tahu.boleh saya dapatkan judul biografi tersebut. | Judul biografi tersebut ialah Biografi Penulis Wajah. | Lain-lain | 22.05.2013 |
apakah sistem bahasa dan fungsi bhasa | Sila rujuk bahan ini : 1.Bahasa sebagai satu sistem oleh Abd Hamid Mahmood. Pelita bahasa : 1 Ogos 1992 2.Sistem ejaan rumi bahasa MElayu oleh Wan Abu Bakar Wan abbas . Pelia Bahasa : Jun 1996 3. Fungsi Dinamik Bahasa Melayu oleh Asiah Idris. Jurnal Dewan bahasa : MKei 1995 | Lain-lain | 25.01.2008 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Bagaimana saya nak menghantar karya sajak saya kepada Dewan Sastera secara online? | Sdr. boleh menghantar karya sastera berupa sajak dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Sekian dan salam. | Lain-lain | 22.09.2008 |