Kata sendi nama “dari” untuk tempat. Bagaimana dalam konteks Syurga sebagai sumber asal Adam dalam ayat ini. Adam dikeluarkan dari syurga atau Adam dikeluarkan daripada syurga kerana melanggar perintah Allah SWT. Mana yang betul? | Adam dikeluarkan dari syurga kerana merujuk kepada tempat (syurga). | Tatabahasa | 20.03.2018 |
Saya ingin bertanya, di dalam dialog berikut sama ada perkataan 'datuk', 'ayah' dan 'ibu' ditulis dengan huruf besar atau kecil: "Adam rindulah kepada datuk. Bila datuk hendak datang ke rumah Adam? Nanti Adam suruh ayah dan ibu ambil datuk, ya!" kata Adam dengan penuh kesungguhan. | Perkataan datuk, ayah dan ibu ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
Adam Justin Salam sejahtera. Saya ingin bertanya kenapa sijil peraduan menulis cerpen 2013 masih belum sampai lagi...Tahun lepas saya ada mengikuti peraduan tersebut.. Terima Kasih. | Sila berhubung terus dengan Bahagian Pengembangan Kesusateraan Kanak-kanak dan Remaja/Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479203/9204/9128/9130 atau e-mel shahrun@dbp.gov.my/filzah@dbp.gov.my/nurulaina@dbp.gov.my/ baidari@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.05.2014 |
Salam sejahtera. Ayat: 1) Adam menyusun buku dengan kemasnya. 2) Adam mengelap meja dengan bersihnya. 3) Adam menyapu sampah dengan bersihnya. Ayat di atas betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Fungsi “nya” ialah sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Manakala, kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 295-296 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 04.07.2025 |
Salam sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma selepas frasa 'ibu Adam' dalam ayat berikut? - "Juliana, ibu Adam, tertekan dengan kemiskinan." - Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "Juliana, ibu Adam tertekan dengan kemiskinan." | Tatabahasa | 12.12.2019 |
Muhammad Adam SEP 8TH, 8:20AM Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya. DBP ada tak aplikasi Kamus Dewan untuk pengguna telefon pintar android? | Sila muat turun Kamus Pro Online Dictionary. | Lain-lain | 19.09.2016 |
saya Azila Adam,saya ada satu soalan, apakah peranan pembinaan dan pengurusan pangkalan data dalam pembangunan bahasa dan penyebaran ilmu? | Puan Azila, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. pembinaan dan pengurusan pangkalan data memang memainkan peranan penting dalam pembangunan bahasa dan penyebaran ilmu kerana daripada sumber-sumber inilah sesuatu etimologi perkataan dan bahasa itu dapat dijejak atau dikesan dan seterusnya baharulah disebarkan. Walau bagaimanapun Puan boleh mendapatkan huraian yang lebih terperinci dengan menghubungi bahagian penyelidikan DBP. | Lain-lain | 21.03.2009 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. | Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30), Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). | Tatabahasa | 25.01.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan peranan keluarga dalam kejayaan anak-anak? | Beberapa persoalan perancangan keluarga | Adam A. Kadir">Adam A. Kadir | Dewan Masyarakat | 15/11/1978 Berbudi bahasa membentuk keluarga bahagia (Diwawancara oleh Azrina Md. Zain) | Zaleha Ismail | Pelita Bahasa | 01/06/2005 | Lain-lain | 22.03.2008 |