| salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan.. | Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina | Tatabahasa | 09.07.2011 |
| Salam sejahtera. Adakah ayat dalam jawapan betul? Soalan: Aina perlu menghadiri latihan badminton di sekolah. Namun, dia diminta menemani nenek yang sakit di hospital kerana ibu bapanya perlu bekerja. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Aina? Jawapan: Aina wajar menemani neneknya di hospital kerana dia haruslah mengutamakan keluarga. (Adakah "mengutamakan keluarga" sesuai dalam ayat ini?) Terima kasih. | Frasa “mengutamakan keluarga” dalam ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.05.2025 |
| Aina Othman Jul 23rd, 3:14pm salam... saya terjumpa kesilapan ejaan seperti yang saya kepilkan. harap DBP dapat mengambil tindakan secepat mungkin. kesilapan yang saya jumpa: box office - dalam Istilah Malaysia 'pecah punggung'.. hehe... | Waalaikumussalam. Ya, kami pun terjumpa. Itu merupakan kesilapan menaip ketika memasukkan data. Kami akan maklumkan kepada pihak berkenaan. Terima kasih atas teguran. | Ejaan | 23.07.2014 |
| Umur Aina dan Ainin adalah sebaya kerana mereka berdua kembar. Maaf, saya ingin bertanya tentang kata tunggal yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain perkataan umur, adakah perkataa kembar juga adalah kata tunggal juga?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tunggal. | Tatabahasa | 02.06.2020 |
| Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak? | Salam sejahtera, Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
| 1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. | 1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita. Jawapan: 1. Sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2. Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. 3. Pada hari raya ini, saling mengunjungilah sesama kita. | Tatabahasa | 28.08.2014 |
| Slm, Yang manakah ayat yang betul? Aina mendapat nutrien/nutrisi dalam makanan... TQ | Jawapan yang sesuai ialah nutrien. | Istilah | 07.10.2015 |
| Adakah ayat ini betul? "Tikar mengkuang ini anyaman Kakak Aina," kata Anis. | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 09.11.2024 |
| Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan bagi ayat di bawah: Karim dan Aina boleh membeli sebuah mainan setiap seorang. Adakah "setiap seorang" itu adalah satu kesalahan tatabahasa. Saya ingin memohon penjelasan terperinci dari pihak tuan sama ada ianya satu kesalahan tatabahasa ataupun tidak. Sekian, terima kasih. | Tiada kesalahan tatabahasa bagi penggunaan "setiap seorang" dalam ayat di atas. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
| KENAPA SUSAH SANGAT NK CARI MAKNA ISTILAH DALAM LAMAN WEB INI | Puan Aina, saya ingin bertanya apakah makna istilah yang puan ingin cari? Sebenarnya DBP telah menggubal hampir dua juta istilah dalam pelbagi bidang. Dan istilah-istilah ini ada dijual di kedai buku yang menjadi pengedar kepada DBP. Jadi sila dapatkan istilah yang sesuai daripada kedai buku yang berhampiran .Terima kasih | Istilah | 13.01.2009 |