Apakah perbezaan antara 'akaun persendirian' dan 'akaun peribadi'? | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan, istilah yang digunakan ialah akaun persendirian, tidak ada maklumat akaun peribadi dalam pangkalan data kami. | Istilah | 04.01.2017 |
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (i) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. (ii)penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun." | Tatabahasa | 06.02.2018 |
Tuan/Puan, Saya inginkan kepastian tentang terjemahan "Listening To" yang merujuk kepada lagu yang seseorang dengari (sepanjang menjadi ahli akaun), dalam sesuatu akaun muzik. Contohnya: Dalam akaun Spotify, terdapat ikon yang menunjukkan lagu yang Christopher suka dengari (lihat lampiran). Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "Listening To": a. Mendengar b. Sedang Mendengar c. Mendengar Kepada d. Mendengari e. Mendengarkan atau, adakah terjemahan lain yang lebih tepat? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan. | Tuan/puan, Jika dilihat lampiran yang diberikan, "Listening to" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Sedang mendengar". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2017 |
Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TK | Yang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya . | Tatabahasa | 24.11.2011 |
senggara akaun atau selenggara akaun | Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.05.2010 |
dalam akaun bank atau di dalam akaun bank? | Dalam akaun bank. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran? | Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun". | Tatabahasa | 15.07.2015 |
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32) | Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Manakah yang betul? 1. Mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun / Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun 2. Hantarkan penyertaan anda ke (alamat e-mel) / Hantarkan penyertaan anda kepada (alamat e-mel) | 1. Mata ganjaran akan dikreditkan dalam akaun. 2. Hantarkan penyertaan anda melalui alamat e-mel ... | Tatabahasa | 26.09.2017 |
Assalamualaikum, Saya ingin berikan cadangan supaya DBP lebih giat berinteraksi bersama penutur bahasa Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya melalui media sosial, khususnya Twitter. Jadikan akaun rasmi DBP di Twitter sebagai akaun hidup yang mampu menarik anak muda supaya cinta akan bahasa ibunda. Saya ingin berikan contoh akaun Twitter Merriam-Webster yang digemari ramai kerana berkongsi hasil pencarian popular harian yang mencerminkan keadaan perkembengan sosial di Amerika. Jika DBP mampu mengelola akaun Twitter sama seperti Merriam-Webster, mungkin ramai akan lebih cakna terhadap bahasa Melayu dan kepentingan serta kehebatannya. Saya lihat, akaun rasmi DBP hanya memuatnaik keratan akhbar sahaja. Minta cadangan saya dipanjangkan ke pihak yanh berwibawa. | Kami ambil maklum cadangan yang dikemukakan dan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan sewajarnya. | Lain-lain | 28.08.2017 |