biasanya bila hari Halloween kanak-kanan America akan pergi rumah kerumah dan berkata "Trick or treat". Apakah istilah yangs sesuai untuk diterjemahkan. | Tidak ada maklumat tentang frasa tersebut dalam pangkalan data kami, sementelahan amalan tersebut tidak ada dalam budaya kita di Malaysia. Penterjemah boleh mencadangkan padanan yang sesuai dengan konteks penggunaan perkataan yang tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2015 |
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |
Salam sejahtera. Di sini ada satu soalan tentang penggunaan perkataan Inggeris "kilometer" dan "kilometre". Setahu saya, kilometer ialah ejaan America manakala kilometre ialah ejaan British. Jadi, yang manakah di antara mereka digunakan dalam bahasa inggeris di malaysia? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak DBP yang sudi memberi penjelasan. | Salam sejahtera, Tuan, Betul seperti yang tuan maklumkan. Di Malaysia, kita merujuk British dalam amalan penggunaan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, lebih baik pihak tuan dapatkan penjelasan daripada pihak lain kerana kami (DBP) hanya berautori dalam penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.06.2017 |
Apakah istilah 'the New World' dalam bahasa Melayu yang membawa maksud 'the western hemisphere especially : the continental landmass of North and South America'. Adakah dikekalkan New World dalam bahasa Melayu? kerana penggunaan Dunia Baharu dilihat tidak bersesuaian kerana ia membawa makna khas? Terima Kasih | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud New World ialah dunia baharu | Makna | 22.06.2020 |
Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasih | Untuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. | Istilah | 29.12.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada tuan/puan pentadbir Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya hendak mohon bantuan daripada tuan/puan pentadbir untuk memberi cadangan terjemahan bagi ayat berikut kepada Bahasa Melayu yang betul dan tepat: "Under Schiff’s leadership Kuhn Loeb grew to be one of the most influential investment banks in the late nineteenth and early twentieth centuries, financing America’s expanding railways and growth companies, including Western Union and Westinghouse, and thereby becoming the principal rival of J.P. Morgan & Co." | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.06.2020 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my | Salam sejahtera, Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2017 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Central European"? Adakah "Central European" sesuai diterjemah sebagai "Eropah Tengah"? Jika "Central European" dimaksudkan adalah satu bahasa, adakah ia sesuai diterjemahkan sebagai "Bahasa Eropah Tengah"? Mohon pendapat dari pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Central European" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "Central America" yang padanan bahasa Melayunya ialah Amerika Tengah. Oleh itu, "Eropah Tengah" sesuai digunakan dalam konteks yang diberikan. | Istilah | 09.12.2013 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat? | Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |