DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian. | Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019 | 1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut: - Pegawai Imigresen
- Pegawai Imigresen Kanan
- Pegawai Imigresen Tinggi
2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. 3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”. 4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah: i. rujukan surat: DBP/173/14/4/K.3 (68) ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat” a) Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan b) Kos cetak RM3.00/naskhah c) 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai | Tatabahasa | 08.04.2019 |