Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat. | Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan? | 1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya. 2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih. | untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan kata nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi nama am dalam keadaan yang tertentu? | Untuk makluman tuan, berdasarkan kesepakatan ahli jawatankuasa istilah bidang komunikasi dan multimedia, kata internet bukanlah merupakan kata nama khas lagi kerana tersebut telah pun diterima umum dan digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kata tersebut telah diterima sebagai kata nama am dan dieja dengan menggunakan huruf kecil. | Lain-lain | 13.04.2012 |
Soalan dimurnikan: Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf kecil (bukan *huruf besar)) sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi kata nama am dalam keadaan yang tertentu? (Mohon abaikan soalan yang terdahulu.) | Dalam Kamus Dewan, Internet ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 17.04.2012 |
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasih | Sila kemukakan surat permohonan rasmi kepada: Ketua, Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.
| Lain-lain | 25.10.2012 |
Saya telah melanggan majalah dewan bahasa dan pelita bahasa namun dari bulan april hingga sekarang saya masih tidak mendapat langgan sedangkan saya telah membayar.Harap mendapat tindakan selanjutnya dari pihak tuan puan. | Perkara ini telah dipanjangkan kepada Koperasi DBP Sdn Bhd. Sdr boleh berhubung dengan pegawai yang berkenaan, Encik Mohd Isa bin Khamis, di talian 012-3219456. | Lain-lain | 19.06.2012 |
Tuan, saya merujuk jawapan pihak tuan tentang ungkapan “Quran buruk” pada 17 April 2012. Saya bukan meminta agar ungkapan itu ditukar kepada “Quran lama”. Yang saya minta ialah pendapat pihak tuan tentang cadangan rakan saya agar ungkapan itu ditukar menjadi “Quran lama”. Rakan saya itu mengemukakan cadangan setelah terbaca komentar tentang “Quran buruk, Quran lama” dalam majalah Pelita Bahasa tahun 2009. Saya mengutamakan pandangan KN DBP apabila menjawab pertanyaan rakan/pelajar. Mohon ulasan susulan. Wassalam. | Merujuk Kamus Dewan perkataan buruk bermaksud tua dan rosak atau tidak cantik, manakala lama antaranya bermaksud telah wujud dalam jangka masa yang agak panjang atau wujud sejak dahulu lagi. Melihat kepada makna kedua-dua perkataan tersebut frasa "Quran Buruk" lebih tepat dari segi semantik berbanding dengan frasa "Quran Lama" dan frasa "Quran Buruk" telah diterima dalam bahasa Melayu untuk mengiaskan maksud tertentu. | Istilah | 17.04.2012 |
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah. | DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.04.2009 |
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP. | Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895. | Tatabahasa | 07.04.2011 |