| Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan nama kedai yang ingin diguna pakai. Adakah boleh sekiranya saya ingin menggunakan nama singkatan untuk nama kedai? sebagai contoh : nama syarikat dalam SSM arman business . saya ingin menggunakan ARMN Auto sebagai nama kedai? ARMN adalah singkatan untuk ARMAN adakah boleh dapat pelepasan DBP? | Untuk makluman pihak puan, sebaik-baiknya nama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya akronim atau singkatan hendak digunakan perlulah menepati syaratnya dan nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bawah akronim atau singkatan tersebut. Contoh: BDSB Berjaya Dinamik Sdn. Bhd. Untuk contoh yang diberikan, singaktan ARMN boleh digunakan tetapi nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bahagian bawah, manakala perkataan Auto tidak boleh digunakan kerana merupakan bahasa Indonesia yang membawa maksud kereta. | Lain-lain | 11.09.2021 |
| Selamat petang. Mohon pencerahan tentang watak utama novel komsas tingkatan 2. Bertajuk Darah Titik Di Semantan hasil karya Arman Sani. Terima kasih. | Untuk makluman, DBP hanya menyediakan bahan bacaan. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk kepada guru atau panitia di sekolah yang terlibat. | Karya | 01.02.2017 |
| Zulhelmi Zulkifli WED 14:43 Zulhelmi Zulkifli Zulhelmi Assalamualaikum. Boleh saya berhubung dgn dewan bahasa pustaka tingkat 27 ? berkaitan dengan design billboard | Waalaikumussalam... Untuk berhubung dengan bahagian kewangan tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Arman Halim bin Abdullah melalui talian 03-2147 9056. Sekian terima kasih | Lain-lain | 18.01.2017 |