| Saya ingin mengetahui istilah "Autoregressive Integrated Moving Average", "Generalized Autoregressive Conditional Heteroskedasticity" , "Artificial Neural Network", "Long Short Term Memory Model" dan "Deep Learning" di dalam Bahasa Melayu. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah autoregressive integrated moving average ialah purata bergerak bersepadu autoregresif, istilah generalized autoregressive conditional heteroskedasticity ialah heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am, istilah artificial neural network ialah rangkaian neural buatan, istilah long short term memory model ialah model memori jangka panjang pendek dan istilah deep learning ialah pembelajaran mendalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
| 1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed | 1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu. | Istilah | 25.11.2011 |
| Salam. Apakah terjemahan/padanan yang sesuai bagi 'Artificial Intelligent'? | Salam sejahtera, Padanan artifical intelligence ialah kecerdasan buatan. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.11.2019 |
| Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
| Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah accessibility? Seperti contoh: University Students’ Awareness of, Access to, and use of Artificial Intelligence for Learning. Boleh saya dapatkan definisi bagi terjemahan tersebut? | Padanan bagi istilah accessibility dalam bahasa Melayu ialah kebolehcapaian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.06.2024 |