| 1. bahasa pengantar atau bahasa penghantar 2. institut pegajian tinggi atau institusi pengajian tinggi | 1. Dalam Kamus Dewan penghantar sama maksudnya dengan pengantar, iaitu sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun lazimnya frasa bahasa pengantar yang digunakan. 2. Frasa yang betul ialah institusi pengajian tinggi. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
| Selamat sejahtera. Saya nak tanya mana satu yang betu: 1. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu pengetahuan moden. Soalan saya: PENGHANTAR atau PENGANTAR | Perkataan yang betul ialah "pengantar" dalam contoh ayat "Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden. | Tatabahasa | 06.10.2022 |
| Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih. | 1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; 2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar. 3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar. | Makna | 09.12.2009 |
| sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargai | Sila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995 | Lain-lain | 31.07.2007 |
| Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pengantar” terletak di bawah kata masukan “antar”. Kata “pengantar” terdapat juga dlm takrifan ke-5 dan ke-6. Ini bermakna KD4 juga menganggap “pengantar” ialah terbitan kata dasar “hantar”. Hal ini diperkukuh apabila adanya terbitan “berpenghantarkan” dan “berpengantarkan”. Maka ada ungkapan ber-penghantar-kan (= ber-pengantar-kan) bahasa ibunda”. Jadi, bolehkah wujud ungkapan “bahasa pengantar”? Jikalau boleh, kedua-dua ungkapan “bahasa penghantar” dan “bahasa pengantar” adalah betul. (?) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (hal.65 dan 510), kedua-dua istilah itu betul dan boleh digunakan. | Istilah | 08.02.2009 |
| Untuk pekerjaan yang muncul selepas PKP iaitu "rider" untuk makanan dan dokumen. Apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu apabila saya mahu mengajar anak murid tentang profesion baru ini. | Cadangan padanan istilah yang sesuai untuk "rider" ialah "penghantar". Contohnya "Penghantar Makanan,/Penghantar Dokumen". | Makna | 03.07.2022 |
| Apakah 'despatch boy' dalam bahasa malaysia? | Istilah Pertadbiran Perniagaan memberikan padanan “Penghantar Surat” untuk “Despatch Boy”. | Istilah | 28.03.2014 |
| SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR | Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP> | 1. | Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata Pelajar | Izawati Adlin Nawi | Pelita Bahasa | 01/02/2003 |
| 2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan akta | Abdul Ghani Awang | Pelita Bahasa | 01/08/1996 |
| 3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umum | Abdullah Majid | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
| 5. Jika sains diajar dalam bahasa Inggeris | Cikgu Androd | Pelita Bahasa | 01/01/2001 |
| 6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan | KMH | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
| 7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik | - | Dewan Bahasa | 01/07/2002 |
| 8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik | - | Pelita Bahasa | 01/07/2002 |
| Lain-lain | 26.05.2008 |
| SAYA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG BAHASA CONTOH TAKRIF BAHASA,APA DIA B.RASMI,B.KEBANGSAAN,B.PENGANTAR,B.ILMU, B.KOMUNIKASI DAN APA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MALAYSIA DALAM ASPEK TAKRIF & KONSEP. | Kami perturunkan takrif bahasa yang ada dalam kamus dan untuk takrif yang lebih khusus atau teknikal sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih. 1.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard;bahasa ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; bahasa ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; bahasa kebangsaan ialah bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; bahasa penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb). | Makna | 08.08.2008 |
| saya ingin menterjemah perkataan FEEDER kepada istilah BM dalam konteks ujian penilaian pemakanan dan penilaian yang dilakukan di hospital. ayat berbunyi FEEDER menggunakan bahasa tubuh badan dan suara yang boleh menarik perhatian kanak-kanak | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan feeder ialah penghantar, pembekal, penyuap, penghubung, pengantara, pemakan dan penyumbang. Pemilihan perkataan berdasarkan konteks penggunaan. | Makna | 02.07.2020 |