Apakah penggunaan yang betul? Simpan dalam BSN SSP (BSN Sijil Simpanan Premium) atau Simpan dengan BSN SSP? | Ayat yang betul ialah Simpan dalam BSN SSP | Tatabahasa | 28.06.2022 |
Lima tahun yang lepas, isteri saya dan saya telah membeli sebuah rumah dengan pinjaman perumahan BSN. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Lima tahun yang lepas, saya dan isteri telah membeli sebuah rumah dengan pinjaman perumahan BSN. | Lain-lain | 30.07.2022 |
Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan singkatan akronim dalam jawi. 1. Adakah akronim BSN dieja dalam jawi sebagai ب. س.ن atau بي. ايس. عين (sila rujuk lampiran) 2. Boleh bantu saya untuk mendapatkan ejaan akronim A-Z dalam jawi? Terima kasih | Ejaan Jawi bagi BSN ialah .بي.ايس.عين Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan ejaan akronim huruf A hingga Z dalam Jawi seperti yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk buku bertajuk Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan Terbitan 2020.
| Ejaan | 12.08.2020 |
Assalamu alaikum. Mohon bertanya akronim dalam ejaan Jawi: 1. BSN 2. Jakim 3. KLCC 4. SMKBSP (SMK Bandar Seri Putra) | BSN ب .س .ن . Jakim جاکيم KLCC کي۰ ايل ۰ سي ۰ سي۰ SMKBSP س۰م۰ک۰ب۰س۰ڨ | Ejaan | 16.01.2017 |
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Adakah visual Bahasa Inggeris perlu mendapatkan kelulusan DBP. Visual ini akan digunakan pada billboard di kawasan bangunan BSN. | Pihak DBP tidak membuat pengesahan teks bahasa Inggeris dalam iklan. Sila terjemah semua teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa kecuali nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 23.10.2023 |