Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah.

2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam.

3. Ayah menggantung gambar pada dinding.

 

Tatabahasa25.01.2015
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah1. Banyak orang berkumpul di balai raya.
2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia

Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.
Tatabahasa09.05.2012
Salam sejahtera, saya sedia memahami bahawa kata nama majmuk terhasil daripada merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur seperti rukun tetangga, balai raya, dan sebagainya. Pertama, adakah ‘ibu bapa’, sebagai contohnya, tergolong dalam kata nama majmuk? Bukankah kata hubung gabungan ‘dan’ / ‘atau’ boleh disisipkan antara kata nama ibu dengan kata nama bapa? Kedua, andai kata ‘ibu bapa’ tergolong dalam kata nama majmuk, bagaimanakah penggandaannya? Penjelasan dan budi bicara pihak tuan demi memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasihIbu bapa ialah frasa nama dan frasa tersebut boleh disisipkan dengan perkataan lain, seperti ibu dan bapa.Tatabahasa18.11.2018
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya?

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131.

Tatabahasa16.01.2008
Macam mana nak bezakan kata majmuk rangkai kata bebas dan istilah khusus? Terima kasih

Kata majmuk rangkai kata bebas merupakan gabungan dua atau lebih perkataan yang masih membawa makna asal setiap perkataan dan boleh difahami secara umum. Contohnya, guru besar, balai raya dan kertas kerja.

 

Kata majmuk istilah khusus pula merupakan gabungan perkataan yang digunakan dalam bidang tertentu dan membawa makna khusus yang tidak semestinya sama dengan makna asal perkataan. Contohnya, daftar anjakan (shift register), spektrometri kepantulan (reflectance spectrometry) dan analisis berangka (numerical analysis).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 133 – 134.

Tatabahasa14.04.2026
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas?Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas.

Tatabahasa29.12.2015
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

desa kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah;
2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat;

kampung kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur.
2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia.
3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar;
4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun;

Kata adjektif
5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung;
6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung.

Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna.
Makna10.07.2024
Adakah ‘guru cantik’, ‘basikal baharu’ itu merupakan kata majmuk?Frasa guru cantik dan basikal baharu bukan tergolong dalam jenis kata majmuk.
  
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.


Tatabahasa24.10.2025
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008
12

Kembali ke atas