Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bandar Diraja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih

Waalaikummussalam saudari Zi,

1. Logo Bandar Diraja

2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja.

Lain-lain04.10.2012
Bandar Diraja Kuala Kangsar atau Kuala Kangsar Bandar Diraja?Menurut hukum D-M, nama yang sepatutnya ialah Kuala Kangsar Bandar Diraja. Contoh lain ialah Melaka Bandaraya Bersejarah.Lain-lain28.12.2006
Mengapa tidak boleh "Kuala Kangsar Bandar Diraja" ditulis sebagai "Bandar Diraja Kuala Kangsar"?D-M bermaksud (diterangkan) dan (menerangkan).Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir dahulu dan unsur menerangkan hadir kemudian. Dalam contoh ini "Kuala Kangsar (unsur inti) Bandar Diraja (unsur penerang).Tatabahasa04.07.2007
Salam... Saya nak tanya...slogan yang mana lebih sesuai/tepat boleh digunakan: 1. Bandar Maharani, Bandar DiRaja @ 2. Maharani Bandar DiRaja Soalan kedua, ejaan mana yang betul 1. DiRaja @ 2. Diraja Sekian..terima kasihEjaan yang betul ialah Diraja. Jika melihat contoh Kuala Kangsar Bandar Diraja, maka frasa yang betul ialah Maharani Bandar Diraja. Walau bagaimanapun kami cadangkan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan penamaan yang betul bandar tersebut.Tatabahasa01.08.2012
Salam Sejahtera, 1. Adakah terdapat perbezaan antara perkataan Diraja dan DiRaja. 2. Bagaimana penggunaan perkataan Diraja yang sebenarnya..Contohnya Klang Bandar Diraja atau Klang Bandar DiRaja. Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah Klang Bandar Diraja.Tatabahasa08.09.2014
Assalamualaikum.. Saya nak tanya mana yang lebih sesuai digunakan untuk ayat ini Majlis Sempena PENGISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja ATAU Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja Terima Kasih..

Puan Zi,

Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja penggunaan ayat yang betul.

Tatabahasa03.10.2012
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam.
Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.



Lain-lain21.02.2023
perkataan diraja dimulakan dengan huruf besar atau huruf kecil ?Perkataan diraja dieja dengan huruf kecil. Perlu ditukar ke huruf Besar jika ia adalah nama Khas seperti Klang Bandar Diraja.Tatabahasa29.02.2016
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah  ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini.  

Tatabahasa07.08.2010
ejaan sebenar bagi perkataan bandar di Raja PerakEjaan yang betul ialah Diraja.Tatabahasa26.10.2014
12

Kembali ke atas