Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Saya hendak bertanya ; 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. Yang manakah satu betul, di dalam atau di tengah ? Terima kasih | 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. - kedua-duanya betul | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Tuan, Yang manakah betul? Mereka berenang di laut ATAU Mereka berenang di dalam laut . | Ayat yang betul ialah 'Mereka berenang di laut' - Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
1) Mereka ke kolam renang untuk berenang. 2) Ali sedang berenang pada waktu petang. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini adalah betul. | Tatabahasa | 09.03.2016 |
Salam sejahtera. 1. Saya dan Ali bermain tanglung. / Ali dan saya bermain tanglung. Mana satu ayat betul? 2. Saya berenang di kolam. / Saya berenang di dalam kolam. Mana satu ayat betul? | 1. Bergantung kepada penegasan kepada Ali atau Saya. Kedua-duanya boleh guna. 2. Saya berenang di dalam kolam. | Tatabahasa | 25.05.2015 |
Salam sejahtera. 1. Selepas menukar pakaian mandi, Ali pergi berenang Soalan: Adakah "pergi berenang" betul penggunaannya? T. Kasih | Cadangan jawapan yang diberikan betul. | Tatabahasa | 25.03.2021 |
Bolehkah saya tahu apakah perbezaan antara perkataan renang dan berenang? Adakah kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama? Contohnya; belajar renang dan belajar berenang. Adalah kedua-dua frasa ini membawa makna yang sama? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “renang” bermaksud 1. berkaitan dengan berenang. 2. acara (sukan dan lain-lain), perlumbaan berenang, manakala “berenang” pula ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di dalam air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “belajar berenang”. | Makna | 12.08.2024 |
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih. | 1. Adik berenang di dalam kolam renang. 2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Chin Swee Fen Mar 2nd, 10:11pm salam sejahtera, bolehkah saya bertanya tentang ayat berikut, saya berenang di pantai atau saya berenang di laut. adakah kedua-dua ayat ini betul | Ayat yang gramatis ialah "Saya berenang di laut". | Tatabahasa | 02.03.2015 |