Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biru | Saya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju. | Makna | 11.01.2017 |
Kata nafi 'bukan' sepatutnya hadir di hahapan frasa nama dan frasa sendi nama. Mengapa ayat berikut terkecuali? "Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning. Terima kasih. | Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. JadiĀ , ayat contoh yang saudara berikan: Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning, penggunaan kata nafi 'bukan' adalah betul kerana kata nafi 'bukan' boleh berada di hadapan frasa sendi adjektif apabila ada maksud pertentangan. | Makna | 16.04.2014 |
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan. | Saudara Shahfizan, Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Apakah terjemahan bagi poison dart frog? Haiwan ini bersaiz lebih kecil daripada jari manusia dewasa. Mempunyai kulit yang berwarna terang dan berwarna-warni seperti kuning, merah, biru, ungu dan lain-lain. Selalunya bercorak seperti bintik-bintik dan berjalur. Kulit katak ini sangat beracun. | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.09.2024 |
Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange Brown | Berikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan: i. Powder blue - Biru serbuk ii. Mint green - Hijau pudina iii. Pale green - Hijau pucat iv. Dusty pink - Merah jambu pudar v. Banana toffee - Perang muda vi. Beige pink - Merah jambu kuning air vii. Champagne burnt - Merah tua perang viii. Orange brown - Perang jingga | Makna | 29.01.2021 |
Salam Sejahtera tuan/puan. Bolehkah tuan/puan jelaskan cara menggunakan tanda baca koma sebagai pemisah ayat atau klausa | Antara fungsi tanda koma sebagai: 1. Memisahkan unsur kata dan frasa yang berurutan. Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 2. Memisahkan beberapa ayat setara. Contoh: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di hujung katil. 3. Memisahkan klausa utama daripada keterangan tambahan yang bermula dengan “iaitu”, “yakni” dan “misalnya”. Contoh: Ada dua warna yang selalu menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan kuning langsat. 4. Memisahkan klausa komplemen, atau frasa klausa dan keterangan daripada ayat induk (dalam ayat songsang). Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan. 5. Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang. Contoh: Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis! 6. Memisahkan ayat petikan langsung. Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.” 7. Memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya. Contoh: Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Perdana hitam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 – 113. | Ejaan | 05.07.2024 |