Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik

Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).

 Konkordans bermaksud  (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.

Tilde bermaksud  lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri.

Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.

Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem.

Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna04.04.2009
assalamualaikum w.bt. saya ingin membuat pertanyaan mengenai definisi penuh maksud 'plagiarism' bagi tujuan assignment. Terima kasih.Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna18.02.2009
binti atau bt.Ejaan penuh binti (bt. mungkin kependekan batu atau lain-lain)Ejaan09.08.2008
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang?Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya).Ejaan29.07.2012
SAYA SANGAT MEMERLUKAN ALAMAT DAN NO TELIFON PUAN MAHANI BT SULONG(PENYAIR TERENGGANU) BAGI MENJALANKAN KERJA KURSUS BBK5208, UPM, ATAS ARAHAN PUAN SAMSINA BT ABDUL RAHMAN.

Assalammualaikum,

 Untuk makluman saudara, Puan Mahani Sulong boleh dihubungi melalui talian pejabat beliau iaitu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di nombor 09-6221100 sambungan 307 atau melalui e-mel : mahani@trglib.gov.my. Semoga maklumat ini dapat membantu saudara membuat tugasan dan menjalankan kerja kursus seperti yang diarahkan.

Salam hormat.

 

Lain-lain02.02.2009
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih

Salam sejahtera,

Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga.

Lain-lain11.03.2008
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan.1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan.
3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt.
Istilah28.04.2012
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan.

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut:

Nombor pendaftaran:  594/2010

Peringkat : Penyuntingan

Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata

                       Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Telefon:  088-439314

 

Lain-lain14.10.2011

Kembali ke atas