| Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQ | Jawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan. | Lain-lain | 07.10.2010 |
| apakah perbezaan 'kesemua' / 'semua' | Semua bermaksud "sekalian" dan "segala" dan semua juga membawa maksud "kesemua", iaitu "segenap", "setiap", "seluruh". Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati. | Makna | 10.08.2017 |
| Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi? | Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai. | Makna | 25.07.2012 |
| salam, bolehkah saudara @ saudari nyatakan ayat contoh untuk membezakan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih. | Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
| Tatabahasa | 04.04.2013 |
| maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu). | Makna | 05.04.2010 |
| salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"? | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang. 2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. | Tatabahasa | 24.09.2021 |
| Salam Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan perkataan "semua" dan "kesemua". Sekian, terima kasih. Chee Kin | Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
| Makna | 02.06.2015 |
| salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"? | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang. 2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. | Tatabahasa | 26.08.2021 |
| Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih. | Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas). | Makna | 17.03.2008 |
| Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih. | 1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau. Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis". | Tatabahasa | 09.11.2020 |