Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung pipit

Puisi
 

Burung pipit burung serindit,
     Terbang ke awan berderai-derai;
Apa nak sesal padanya nasib,
     Nyawa di badan lagikan bercerai.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Burung pipit sama enggang,
     mana boleh sama terbang.

Bermaksud :

Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain?Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain.Lain-lain15.11.2011
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009

Kembali ke atas