Dalam penulisan laporan, isu/perkara yang dilaporkan biasanya akan disokong dengan maklumat lanjut dalam jadual. Saya ingin tanya, mana yang betul atau lebih sesuai? 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: 2. Butiran terperinci seperti di jadual berikut: 3. Butiran terperinci seperti di dalam jadual berikut: 4. Butiran terperinci adalah seperti dalam jadual berikut: 5. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut: 6. Butiran terperinci adalah seperti di dalam jadual berikut: | Jawapan yang sesuai ialah 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: | Tatabahasa | 08.04.2015 |
adakah ayat ini betul: butiran pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan | Butiran pesanan akan dihantar melalui e-mel yang anda berikan. | Lain-lain | 22.02.2018 |
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana? | Salam sejahtera, Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP untuk disemak dan diperbaharui. Sekian, harap maklum. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Saya pernah dua kali bertanya dalam Pantau Tegur Bahasa. Notifikasi akan dijawab telah dihantar kepada saya tetapi jawapan langsung tidak diberikan kepada saya. | Selamat Sejahtera, Mohon pihak tuan/puan berikan butiran persoalan yang ditanya dalam sistem Pantau Tegur Bahasa - soalan, tarih, lampiran dll.- untuk memudahkan kami menyemak butiran tersebut. Pihak tuan/puan juga boleh kemukakan terus persoalan ini melalui e-mel: mulia@dbp.gov.my atau 03-21479114 Terima kasih. | Lain-lain | 20.10.2015 |
apakah maksud spesifikasi? | Spesifikasi ialah butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu; perincian (tentang sesuatu) | Makna | 06.05.2008 |
Adakah pihak tuan mempunya sajak yg diperlukan, butiran seperti berikut. tajuk sajak : mahasiswa. nukilan : A.Samad Said. Saya sudah mencari,tetapi tidak jumpa. munkin tajuk tidak tepat, tetapi tentang mahasiswa. ataupun pihak tuan mempunyai laman untuk saya mencari koleksi nukilan A.Samad Said.t.kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. A.Samad said : sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005 . 2.Koleksi terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 . Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.09.2007 |
Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih, | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat. | Lain-lain | 25.08.2016 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. "Bill of Quantities" ialah suatu pernyataan terperinci kerja, bahan, bahagian/komponen, harga, dimensi, dan butiran lain, untuk mendirikan bangunan atau infrastruktur lain. Dokumen ini digunakan untuk tender dalam industri pembinaan. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Bill of Quantities" - Bil Kuantiti, Senarai Kuantiti atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih sekali lagi. | Bagi perkataan “Bill of Quantities”, terdapat padanan istilah dalam bidang kejuruteraan iaitu Jadual Bahan. | Istilah | 25.08.2019 |
APAKAH NAMA JAWATAN KOSONG? DAN DI MANA HENDAK MENDAPATI NAMA IKLAN DI JAWATAN KOSONG INI. | Sdr boleh mendapatkan butiran jawatan kosong melalui iklan yang kami siarkan dari masa ke masa atau melayari laman sesawang kami. Terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian. | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |