Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ? | 1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. 2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 29.07.2007 |
Salam, dalam ayat di bawah penggunaan ialah atau adalah yang lebih tepat? 1. Panjang AB ialah/adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah/adalah dua kali umur Abu. | Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Maka ayat yang betul ialah: 1. Panjang AB adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah dua kali ganda umur Abu. | Tatabahasa | 07.07.2023 |
Di manakah saya boleh dapatkan buku cerita digital interaktif kanak-kanak dalam bentuk CD-ROOM yang dihasilkan dari tahun 2003 hingga kini. Terima kasih. | Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke Bahagian Multimedia. Terima kasih. | Lain-lain | 04.03.2019 |
Apa terjemahan untuk: color dodge linear dodge rujukan: https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwin3vjY75XxAhUe7HMBHZOQDS0QFjAFegQIFRAD&url=https%3A%2F%2Fhelpx.adobe.com%2Fphotoshop%2Fusing%2Fblending-modes.html&usg=AOvVaw083gQdVrIT4fuQzVUg1xrg | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: color dodge - pencerah warna linear dodge - pencerah linear Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 14.06.2021 |
Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih. | Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya: 1. Untuk peringkat asas/permulaan: (a) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (b) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (c) Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan) (d) Siri KIA2M (e) Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan: (a) Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently) oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff (b) Perbualan Asas Bahasa Melayu oleh Anwar Ridhwan (c) Bahasa Melayu untuk Penutur Asing oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais (d) Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu oleh Amir Muslim (e) Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD) oleh DBP dan Multimedia University (f) Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3 oleh Nik Safiah Karim et. al. (g) Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.04.2010 |
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih. | Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak, dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis. Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku. Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima. | Lain-lain | 22.12.2009 |
BOLEHKAH SAYA BERURUSAN DENGAN DBP CAWANGAN SABAH UNTUK MENDAPATKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN RUMUSAN SPM. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERRMOHONAN PENERBITAN BUKU LATIHAN TERSEBUT. | Saudara boleh berurusan terus dengan Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sabah. Bahan yang perlu disediakan ialah: 1. Manuskrip yang mempunyai ciri-ciri tersebut -font saiz 12 -langkau 2 baris -kertas A4 -disediakan CD writer -Surat iringan yang menyatakan manuskrip tersebut untuk diterbitkan. Kelulusan penerbitan manuskrip tersebut tertakluk kepada penilaian awal editor, dan kelulusan JKE/JKP sekian.Terima kasih | Lain-lain | 04.03.2009 |
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
salam, saya ingin tahu syarat syarat sekiranya ingin menghantar karya untuk dinilai seterusnya diterbitkan oleh pihak dbp, terima kasih | Karya boleh boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), sekiranya pembaca sasarannya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remja. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4, langkah dua baris. Selain menghantar manuskrip bercetak (hardcopy) saudara juga perlu menghantar disket atau CD (softcopy) untuk memudahkan proses seterusnya. | Lain-lain | 31.12.2009 |
1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih | 1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman. | Lain-lain | 08.05.2008 |