Mengapakah budak-budak tidak boleh ditukar menjadi kata ganda separa? | Melalui carian di internet ada ditemukan penggunaan kata "bebudak". Walau bagaimanapun, penggunaan tersebut bukan dalam konteks rasmi. Budak bermaksud anak atau kanak-kanak. Dalam konteks rasmi, pengguna bahasa lebih banyak menggunakan perkataan anak-anak dan kanak-kanak. | Tatabahasa | 06.10.2024 |
Banyak program rasmi Kerajaan telah menggunakan perkataan peluncuran sebagai ganti pelancaran. Adakah benar penggunaan perkataan tersebut memandangkan carian daripada Kamus Dewan membawa makna berbeza? | Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 02.01.2024 |
Saya pernah lihat perkataan 'rerayap' dalam kamus. Namun saya tidak jumpa dalam carian DBP. Wujud atau tidak perkataan ini? Bolehkah digunakan dalam urusan rasmi | Perkataan "rerayap" ada dalam Kamus Dewan Perdana (halaman 1869) yang bermaksud paparan elektronik tajuk berita yang bergerak perlahan pada bangunan atau bahagian bawah skrin televisyen atau komputer. Perkataan "rerayap" boleh digunakan secara rasmi jika bersesuaian dengan konteks maksud tersebut. | Tatabahasa | 09.11.2020 |
Apakah terjemahan untuk "gadget"? Melalui carian, saya dapati gadjet diterjemahkan sebagai "alat", "peralatan". Tetapi istilah "gajet" sudah digunakan dengan meluas dalam akhbar dan banyak laman web. Bolehkah "gajet" ini digunakan secara rasmi dan didaftarkan dalam prpm/kamus. Istilah "alat" untuk "gadjet" mungkin kurang sesuai kerana "alat" digunakan juga utk equipmetn, tools, appliances dll. | Untuk makluman puan, perkataan gajet telahpun dirakamkan dalam kamus terbaharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Perdana (KDP). Berdasarkan KDP, gajet membawa maksud alat atau peralatan yang berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak dan kepuasan seseorang. Oleh itu, perkataan gajet boleh digunakan. Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi dan sekiranya sesuai dengan konteks ayat, kami mencadangkan penggunaan perkataan alat telekomunikasi yang membawa maksud alat sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit. | Makna | 21.07.2021 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya adakah perkataan 'antarsesi' ini boleh digunakan dalam urusan rasmi? Perkataan tersebut tiada dalam Carian Kata. Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "antarsesi' tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. | Istilah | 06.04.2017 |
Salam Tuan/Puan, Kami ada membuat carian perkataan "Bunjut" dan telah menjumpai penjelasan daripada pihak tuan/puan tentang perkataan tersebut di dalam arkib soalan. Bolehkah sekiranya pihak kami mendapatkan penjelasan rasmi melalui surat bertulis daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bahawa frasa yang betul merujuk kepada data DBP adalah "punjut" dan ia mempunyai maksud manakala frasa "Bunjut" merupakan nama yang telah didaftarkan dan tidak mempunyai maksud di dalam data DBP. Maklum balas pihak tuan/puan berkenaan pertanyaan ini amat kami hargai. Terima kasih. Daripada, Atiqah | Sila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, seperti yang telah dimaklumkan melalui talian telefon pada 23/7/2020. | Lain-lain | 22.07.2020 |
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi, terdapat beberapa istilah yang sukar untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu (BM) contohnya proses pyrolysis. Apakah perkataan yang sesuai dalam BM untuk pyrolysis ini. Dalam carian kata tiada perkataan pirolisis / pyrolysis. Bagaimana dengan produk dari proses pyrolysis seperti minyak pyro. betul atau tidak. Mohon bantuan | Pyrolysis diterjemahkan kepada pirolisis dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kimia dan geologi. Istilah pirolisis telah diterima dan jika ada penemuan baharu berkaitan dengan pyro/pyrolysis istilah piro/pirolisis boleh diterima pakai. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.02.2018 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan berkaitan istilah Kluster yang digunapakai secara meluas pada masa ini. Namun dalam carian DBP, istilah ini masih tidak didefinisikan dan didaftarkan oleh DBP. Mohon pandangan, adakah istilah ini boleh digunapakai dalam pekeliling, surat edara rasmi kerajaan dan sebagainya. Jika boleh mohon dikemaskini dalam glosari istilah . Tkasih | Pertanyaan dan cadangan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan. Kami berpandangan perkataan "kluster" telah diterima kerana penggunaanya yang sangat meluas, namun begitu pengesahan rasmi tentang perkataan "kluster" ini akan kami maklumkan terus kepada pihak tuan dengan kadar segera. Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini. | Lain-lain | 18.03.2021 |
Boleh saya tahu, adakan istilah perubatan ini; RAPID SEQUENCE INDUCTION mempunyai terjemahan rasmi dalam bahasa melayu? Jika tiada, adakah wajar saya menggunakan terjemahan berikut; Induksi Urutan Pantas? atau kekal dlm bahasa inggeris? saya telah mencari di carian kata, tetapi tiada penemuan postif. | Cadangan padanan bagi istilah rapid sequence induction dalam bahasa Melayu ialah induksi urutan cepat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2025 |
iSTILAH KEJURUTERAAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU: 1. NANOFLUID 2. NANOTECHNOLOGY ISTILAH INI TIADA DALAM CARIAN KATA | Istilah bahasa Melayu untuk "nanotechnology" ialah nanoteknologi. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang rasmi untuk "nanofluid" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk nanobendalir. | Istilah | 02.05.2013 |