Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih. | Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi. Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran. | Lain-lain | 23.06.2009 |
Salam Tuan, Bolehkan saya menggunakan perkataan Carta Flip untuk carta yang boleh dibalikkan seperti kalendar. Adakah perkataan Carta Selakan sesuai digunakan? Adakan pihak tuan mempunyai cadangan perkataan lain untuk item ini. Semoga mendapat jawapan segera daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | Padanan yang digunakan untuk "flip chart" ialah carta selak. Terima kasih. | Istilah | 01.02.2011 |
Selamat Pagi Tuan, Saya ingin tahu tentang perbezaan antara (1) carta alir atau carta aliran (2) Malaysia Prison Depatment atau Malaysian Prison Department Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku kekeliruan perkataan mana yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih. | Carta alir dan carta aliran merujuk makna yang sama, iaitu terjemahan perkatan flow chart. Tuan boleh menyemak penggunaan kata melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh menyemak data daripada sumber kamus, istilah dan Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 22.06.2015 |
Salam sejahtera, Perkataan - carta gantt atau carta gant? Mana satukah yang betul/ Terima kasih | Istilah yang betul ialah carta Gantt. | Istilah | 02.01.2017 |
Makna & fungsi carta organisasi | Carta ialah paparan yang mengandungi keterangan (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut. | Makna | 13.01.2011 |
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih. | Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى dan bahasa Arab contohnya, (Surah) سورة (Akhirat) اخيرة Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016. | Ejaan | 28.05.2018 |
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih. | Salam sejahtera, Frasa yang betu: 1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah . 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2019 |
6.0. FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS Komprehensif hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II) | FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS: Komprehensif hendaklah mengandungi perkara yang berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II) | Tatabahasa | 21.10.2015 |
Salam Saudara, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan istilah yang betul didalam penulisan carta organisasi sesebuah jabatan. sebagai contoh penggunaan perkataan bahagian, sel, cawangan atau unit pejabat yang manakah perlu diduhulukan dan dikemudiankan. ('seniority' perkataan). Harap Saudara dapat membantu saya. Sekian, terima kasih | Bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu, sel ialah bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara, cawangan ialah bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan makna yang tersebut dan amalan di kebanyakan jabatan, cartanya adalah seperti yang berikut: Jabatan --- Bahagian/Cawangan --- Unit. Sel biasanya tidak terdapat dalam carta oganisasi. | Istilah | 08.07.2009 |
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana? | Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih. | Makna | 20.07.2006 |