| Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk unit sukatan berikut, "cu in" dan "cc", contohnya 900 cc/60 cu in. Adakah terjemahan sebagai kubik inci betul? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "cubic inch" (cu in) ialah inci padu dan "cubic centimetre" (cc) ialah sentimeter padu. | Istilah | 25.09.2012 |
| Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih. | Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih | Ejaan | 30.06.2009 |
| Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih | Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. | Lain-lain | 06.12.2013 |
| soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasih | Dalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
| Salam sejahtera. Kami dari Media Education For All sedang menghasilkan modul literasi media untuk melatih guru-guru seluruh negara. Laman web kami: https://arus.cc/mediaedu4all Kami ingin meminta bantuan DBP untuk padanan senarai istilah literasi media seperti yang dilampirkan. Untuk memudahkan tuan/puan, anda hanya perlu mengisi di ruang kuning sahaja. Saya boleh dihubungi di phuiyee.yam@arusacademy.org.my atau 016-5532712 jika ada soalan. Sekian, terima kasih. | Kami telah meneliti dan memberikan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi senarai istilah yang dilampirkan. (Rujuk Lampiran) | Lain-lain | 07.05.2021 |
| نوريمه طالب Mar 27th, 7:42pm Assalamualaikum. Apakah syarat² untuk mendapatkan kunjungan dbp? | Tiada syarat. Sila hantar surat rasmi atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada lindasafa@dbp.gov.my dan mohd_rusdi@dbp.gov.my untuk buat janji temu dan lawatan ke DBP. Moga ia membantu. Terima kasih. | Lain-lain | 27.03.2015 |
| Saya ingin bertanya.. apakah prosedur yang perlu Sy ikuti sekiranya pihak sekolah ingin menjemput pihak DBP untuk menjalankan aktiviti pelancaran nilam di sekolah. | Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.03.2025 |
| Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
| SAYA INGIN BERTANYAKAN BAGAIMANA INGIN MEMBUAT LAWATAN? TUAN ADA CADANGAN BAHAGIAN APA YANG BOLEH DILAWAT | Untuk makluman tuan, tuan perlu menghantar permohonan berserta maklumat lawatan kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. E-mel: hazami@dbp.gov.my; cc kepada: dina@dbp.gov.my Antara cadangan tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan tentang penerbitan di DBP seperti proses menerbitkan kamus, majalah dan buku pelbagai genre. Puan juga boleh mengetahui tentang kursus-kursus atau program-program yang diadakan yang melibatkan pelajar sekolah. | Lain-lain | 11.06.2024 |
| Mengapakah soalan saya belum dijawab, sangat lamanya! | Mohon maaf atas kelewatan pihak kami memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, untuk soalan-soalan yang memerlukan penelitian dan rujukan, pihak DBP memerlukan sedikit masa untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, boleh kami dapatkan soalan yang ditanya oleh pihak tuan? Tuan boleh menghantarkan soalan tersebut kepada e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my dan cc kepada afiqah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.02.2025 |