Ayat yang betul:
Pengaliran haba daripada satu molekul kepada molekul yang lain.
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama ke pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat atau waktu. Contoh: 1. Ali menaiki kereta dari Kajang ke Seremban 2. Dia berjanji akan membaiki prestasi kerjanya dari semasa ke semasa.
Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata sendi nama kepada pula terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yan merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada. Contohnya: 1. Suhu badan adik meningkat daripada 37 darjah Celsius kepada 39 darjah Celsius. 2. Surat itu bertukar tangan daripada Aminah kepada Fatimah.
Thanks for clicking. That felt good.