Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DBKL


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kelulusan papan tanda untuk DBKL. Sila semak dan nyatakan kelulusan untuk tujuan lesen DBKL. Terima KasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain12.01.2012
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.

Lain-lain15.11.2011
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal.

Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL  memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan.

Tatabahasa23.12.2008
Saya ingin bertanya adakah papan iklan saya ini menepati peraturan dewan bahasa dan pustaka untuk memohon lesen dari DBKLUntuk makluman saudara, DBP menyemak penggunaan bahasa, manakala peraturan lain ditentukan oleh DBKL. Merujuk iklan yang disertakan penggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul dan untuk pengesahan bahasa dalam talian layarai www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa".Lain-lain02.02.2012
Mengapakah Jabatan Lesen DBKL memerlukan khidmat nasihat DBP bagi memantau bahasa di lesen iklan? Bolehkah sekiranya saya menggunakan perkataan Bahasa Inggeris pada papan iklan milik stesyen minyak saya? Contoh perkataan 'Convenience Shop'? Minta penjelasan. Terima KasihDimaklumkan selaras dengan UKK (3) Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya pada iklan papan tanda. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan pengesahan bahasa di papan tanda iklan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia.Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran.

Saudara boleh merujuk syarat-syarat permohonan iklan papan tanda premis yang dikeluarkan oleh DBKL untuk memahami lebih lanjut penggunaan bahasa Malaysia dalam iklan.

Perkataan "Convenience Shop" perlu diterjemah ke bahasa Melayu. Cadangan terjemahan kami ialah Kedai Serbaneka.
Lain-lain15.04.2013
saya wakil rumah kebajikan ingin bertanya berkenaan dengan pengesahan bahasa pada papan iklan yang kami mohon daripada DBKL. papan iklan yang kami mohon bertulis Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan. di sini saya hendak pastikan bahawa penggunaan bahasa tersebut betul atau salah?Penamaan yang betul ialah "Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa". Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk membuat permohonan iklan secara dalam talian sebelum dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan, DBKLTatabahasa22.06.2011
Nama-nama yang dimohon ke DBKL adalah seperti berikut : 1) "RESIDENSI RIVERVILLE" 2) "RIVERVILLE SENTOSA" 3) "SENTOSA RIVERVILLE" Merujuk kepada ulasan DBP, penggunaan perkataan "RIVERVILLE" boleh digunapakai. Saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan perkataan tersebut memandangkan ia adalah gabungan perkataan Inggeris & French. (disertakan lampiran untuk rujukan)Untuk makluman, pengesahan yang diberi adalah untuk RESIDENSI RIVERVILLE, bukan "RIVERVILLE" sahaja.  Pengesahan diberikan kerana bentuk tersebut adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu, iaitu "RESIDENSI" di depan dan "RIVERVILLE" di belakang. Dalam konteks tersebut, kami berpendapat "RIVERVILLE" sebagai nama khas yang diberikan kepada tempat tersebut. Kami tidak boleh memberi ulasan tentang perkataan tersebut kerana "Riverville" bukan perkataan bahasa Melayu. Kami hanya memberi khidmat nasihat untuk perkataan bahasa Melayu.Lain-lain27.11.2013
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan.Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.03.2010
Akmi ingin memohon papan iklan dari pihak DBKL, oleh yang demikian minta pihak tuan untuk menyemak yang dikemukan dalam fail seperti dibawah. semakan segera dari pihak tuan. Terima kaihPenggunaan bahasa Melayu terlalu minimum dalam iklan tersebut. Tek/ayat bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN.Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain14.11.2011
123

Kembali ke atas