Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DENGAN

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)

20

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Lembu sondol, lembu dongkol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dengan ini" boleh hadir di pangkal ayat yang berfungsi sebagai penanda wacana? Sebab saya selalu nampak ada ayat-ayat yang dimulakan dengan "Dengan ini". Mohon pencerahan

Dengan ini” boleh hadir pada pangkal ayat yang berfungsi sebagai penanda wacana penghubung musabab. Penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contohnya, “Semua pihak perlu berganding bahu mengembangkan bahasa Melayu. Dengan ini, bahasa Melayu akan terus dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan”.

Penanda wacana penghubung musabab juga boleh hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, “Kerana terlalu susah hidupnya, maka itu terpaksa dia berpindah ke tempat lain.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 527.

Tatabahasa18.10.2024
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
Berjalan dengan lancar atau berjalan dengan lancarnya? KK dengan KA, adjektif perlu "-nya" tak?Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.Lain-lain14.04.2025
Salam sejahtera. 1) a) Zali bermain dengan gembira. b) Zali bermain dengan gembiranya. 2) a) Murid-murid beratur dengan berdisiplin. b) Murid-murid beratur dengan berdisiplinnya. 3) a) Dia melintas jalan dengan berhati-hati. b) Dia melintas jalan dengan berhati-hatinya. Ayat yang manakah betul?

Semua ayat tersebut betul. Bentuk kata -nya berfungsi sebagai pembenda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, Contohnya, “Dia berhujah dengan lantangnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 296.

Tatabahasa23.10.2024
"By the grace of God (Dei Gratia; dalam gelaran British misalnya)" lebih sesuai diterjemahkan maksudnya kepada "Dengan rahmat Tuhan" ataupun "Dengan limpah kurnia Tuhan"? Atau kedua-duanya boleh diterima?Frasa "dengan rahmat Tuhan", "dengan limpah kurnia Tuhan" atau  "dengan limpah rahmat Tuhan" boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu.Tatabahasa03.01.2025
Salam, kata "berkaitan" atau "berkenaan" harus diikuti dengan kata "dengan." Betul?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 940 dan 1044, perkataan “berkaitan” dan “berkenaan” boleh diikuti kata sendi nama “dengan” atau tidak, bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut:

berkaitan:
  i.        Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan tentang atau “berkaitan dengan”                    syarikat atau perbadanan.
  ii.       Pelbagai kursus yang “berkaitan” akan diperkenalkan di pusat itu.

 

berkenaan:
  i.       “Berkenaan dengan” tawaran tersebut, anda diberikan masa satu minggu untuk memikirkannya.
  ii.        Tuntutan yang “berkenaan” harta sepencarian boleh dibuat oleh isteri yang diceraikan.

Tatabahasa22.10.2024
1. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih Atau 2. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul.

Ayat yang betul ialah “Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan kepada tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 495.

Tatabahasa05.03.2024
selamat sejahtera encik/puan. 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahannya. Ayat mana yang betul, minta sikit penjelasan. terima kasih.1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. Perkataan "dengan perlahan-lahan" menunjukkan cara perbuatan dilakukan.
2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahannya. Kata adjektif "perlahan" menerima kata pembenda "-nya" bagi menunjukkan keterangan cara perbuatan.
Tatabahasa02.12.2022
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

"... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini.

Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM).
Makna05.07.2024
rujuk fail

Dialog yang berakhir dengan tanda soal atau tanda seru, perkataan seterusnya bermula dengan huruf kecil dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh: “Tak sakit?” tanya Ali.

Begitu juga dengan dialog yang berakhir dengan tanda koma dan noktah yang menggunakan huruf kecil untuk mengakhiri ayat.  

Contoh: “Saya akan datang pada hari Isnin,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan (DBP: 2023), halaman 111 dan 122.

Tatabahasa20.10.2024
12345678910...

Kembali ke atas