Assalamualaikum Mana satukah yang betul? 1. Pusat Analitik Data Raya 2. Pusat Analitis Data Raya | Ayat/frasa yang betul ialah "Pusat Analitik Data Raya" | Tatabahasa | 12.04.2022 |
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasih | Semua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi; 3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh). | Istilah | 19.07.2018 |
TERJEMAHAN TEPAT BAGI INISIATIF: BIG DATA DAN OPEN DATA PIHAK KAMI TELAH TERJEMAHKAN SEBAGAI: DATA RAYA DAN DATA TERBUKA ADAKAH MEMATUHI NAHU BAHASA MELAYU. MOHONKHIDMAT NASIHAT | Cadangan kami Big Data dan Open Data diterjemahkan kepada Data Besar dan Data Terbuka. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2015 |
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan) | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk istilah berikut: a) user-pay - konteks ayat: projek lebuh raya berkonsep 'user-pay' - pengguna lebuh raya yang akan menyumbang kepada hasil kutipan pengendali lebuh raya. b) more interconnected - konteks ayat: keadaan ekonomi dan hubungan dagangan dunia Sekian, terima kasih. | Istilah user-pay dan more interconnected masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan bagi terjemahan user-pay ialah bayaran pengguna manakala more interconnected pula ialah saling berkait atau saling berhubung. | Istilah | 12.10.2018 |
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"? | Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan. Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus. | Istilah | 19.03.2014 |
"Setiap pengguna jalan raya perlu saling menghormati. Justeru, sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan." Adakah penggunaan perkataan "justeru" gramatis dalam ayat di atas? | Justeru membawa maksud kebetulan atau malahan, untuk melihat contoh penggunaan yang betul sila rujuk laman web kami. berdasarkan contoh yang ada dalam data kami, justeru digunakan bagi yang membawa maksud bertentangan dengan ayat psebelumnya. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Salam sejahtera. Penggunaan yang manakah yang betul? 'Banyak orang' atau 'ramai orang'? | Menurut data kami, rangkai kata ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. | Tatabahasa | 29.06.2019 |
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih. | Salam sejahtera, Data kami memberi tafsiran lintasan pejalan kaki ialah Laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki melintas jalan raya di depan lampu isyarat. Jika konteks ayat yang diberikan oleh tuan sama dengan tafsiran melalui data kami, tuan boleh menggunakannya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.09.2017 |