Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'.. | Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' .... | Tatabahasa | 26.06.2012 |
saya nak tahu penulisan yang ingin menggunakan simbol / di dalam penulisan surat, memo dan emel. contoh: 1. YBhg. Dato' Sri/Dato' Indera/Dato'/Tuan/Puan 2. YBhg. Dato' Sri / Dato' Indera / Dato' / Tuan / Puan adakah penggunaan yang betul di nombor 1 atau nombor 2? | Penggunaan tanda mereng (/) yang betul ialah pada contoh nombor 1. | Lain-lain | 03.03.2017 |
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'? | Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan. | Tatabahasa | 28.04.2013 |
Selamat petang Mohon maklum balas, apa beza Dato dan Dato'. Sekian, terima kasih. | Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK? | YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINET | Lain-lain | 29.09.2010 |
saya nak tahu tentang ejaan dato atau dato' yang sepatutnya diguna pakai dan adakah maksud gelaran dato sama dengan dato'?sekian,terima kasih... | Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. | Ejaan | 04.12.2012 |
Prof. Dato' atau Dato' Prof.? | Lazimnya dalam protokol dan adat-istiadat, jawatan (Prof.) mendahului gelaran (Dato') seperti YBhg. Prof. Dato' Mustafa bin Muhammad. Walau bagaimanapun protokol ini tidak diikuti sepenuhnya kerana penerima boleh memilih untuk mendahului jawatan daripada gelaran atau sebaliknya mendahului gelaran daripada jawatan. | Lain-lain | 09.09.2011 |
Salam sejahtera. Gelaran dato' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai dato' atau Dato'? Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Dato'. | Tatabahasa | 24.12.2019 |
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian? | Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi. | Lain-lain | 13.06.2011 |