Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Developer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan "developer" yang merujuk kepada orang yang membuat perisian dalam bidang teknologi maklumat?Padanan bagi istilah developer dalam bahasa Melayu ialah pembangun. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah26.08.2024
Assalamualaikum, Untuk perkataan bahasa Inggeris "developer", apakah terjemahannya yang paling tepat? Terima kasih. Eizat IkramTerdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "developer". Padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konteks penggunaan. Padanan bahasa Melayu yang ada dalam pangkalan data DBP pemaju, pembina dan pembangun.Istilah21.11.2016
Saya ingin bertanya apakah terjemahan paling tepat bagi "Full stack Developer" dalam bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Pemaju Tindanan Penuh"?Dalam pangkalan data kami, "Full Stack Developer" tidak wujud, walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan bagi perkataan tersebut pembina tindanan penuh.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2019
Salam. Saya arkitek dari Ipoh. Ada satu projek di Bandar Universiti Seri Iskandar. Developer nak guna nama "Jalan Lakeville" untuk Nama Jalan, sebab jalan-jalan di lot sebelah sudah lulus sebagai Jalan Lakeville pada tahun 2014. Pegawai daripada Majlis Daerah Perak Tengah suruh kami dapat kelulusan daripada DBP untuk mengunnakan nama "Lakeville". Kami ingin tanya DBP, apakah prosedur kalau nak mohon "Lakeville" sebagai nama khas?DBP tidak boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Inggeris. DBP hanya boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Melayu.Istilah07.04.2017
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas

1. Ejaan yang betul ialah maklum balas.

2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu.

3. Ejaan yang betul ialah tindak balas

Istilah20.03.2010
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan istilah untuk perkataan “localization” dalam konteks perisian atau kandungan digital. Adakah “penglokalan” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang sah? Atau adakah “penyetempatan” lebih tepat menurut takrif DBP? Contoh ayat: 1. “Localization is more than just translation—it includes adapting visuals, currency, and even cultural tone.” 2. 1. Google Play Developer Console: “Improve your app’s reach by adding localization for app listings in different languages.” Saya mohon panduan istilah yang sesuai digunakan dalam penulisan teknikal dan dokumentasi rasmi. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah localisation secara umumnya ialah penyetempatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.06.2025

Kembali ke atas